Jwpn utk kartun upin ipin tu.. SEBARKAN INI:JANGAN - TopicsExpress



          

Jwpn utk kartun upin ipin tu.. SEBARKAN INI:JANGAN PERCAYA UPIN IPIN ITU AGENDA YAHUDI.MELAYU MEMANG RAMAI PENUH HASAD DENGKI.#FAKTA ⇨ Upin Ipin, konspirasi yahudi.Rancangan siri animasi hasil anak tempatan iaitu Upin Ipin kian popular sehingga dah melanda negera luar seperti Indonesia dan Brunei. Bila dah popular ni, macam-macam la orang mula buat spekulasi.. kalu tak popular takde pulak orang nak kata apa-apa. yang terbaru, aku ada jumpa dengan pendapat yang mengatakan bahawa siri animasi sikembar Upin Ipin tu satu konspirasi Yahudi untuk melemahkan keyakinan orang Islam. Pada aku, pendapat ini amatlah bodoh dan sengaja nak buat publisiti 10sen...Pendapat tu mengatakan bahawa nama Upin tu kalau diterjemahkan ke Aramaic akan bermaksud aku benci rasul dan nama Ipin pulak kalau diterjemahkan ke Syriac akan membawa maksud aku suka Israel. Huruf U pada baju si Upin merujuk kepada USA manakala huruf I pada baju si Ipin pulak melambangkan Israel.. aku hanya mampu membaca pendapat tersebut dengan ketawa yang sinis dan penuh ejekan yang memberikan kebodohan kepada pembawa pendapat tu. Jadi, apakah nama Opah tu kalau di translate ke German akan membawa maksud aku benci Islam? dan Kak Ros tu membawa maksud Aku tak suka Mekah?... Apakah S pada baju Superman tu merujuk kepada nama aku, Shatooman?? Hmm..Upin, Ipin, Mael, Ehsan, tu kan nama orang Melayu.. kang letak nama Daniel, Anthony, Tommy kang, kata takde jati diri pulak... Tambahan lagi,siri Upin Ipin tu banyak episod dan setiap episod pasti akan memberi pengajaran kepada kita terutamanya kanak-kanak. Animasi Upin Ipin banyak menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong- menolong, meminta maaf, belajar bertanya kalu tak tahu dan macam-macam lagi termasuklah pengertian dalam ibadat, akidah dan sebagainya..tengok je episod esok puasa , terawih, Lailatulqadar, dan lain-lain.. Nilai murni dan pengajaran yang ada dalam siri animasi Upin Ipin tu jelas sampai kepada masyarakat melalui konsep santai dan humor. Sememangnya kita memahami apa yang disampaikan. Animasi ni hanya lebih menekankan konsep keagamaan dan dakwah secara bersahaja.. takde la pulak dia mengajar benda-benda yang buruk dan bercanggah dengan agama dan adat ketimuran. So, mana letaknya objektif kepada projek yahudi tu? Hanya pandai memberi keterangan yang bodoh dan tak kukuh untuk menjatuhkan orang.. Kalau tak puas hati jugak, pergi jumpa sendiri dengan kakitangan LesCopaque production untuk siasat dan soal mereka selagi mereka masih hidup ni.. sampai lambang croc yang memang merujuk jelas kepada buaya pon, ada juga yang kata bila diterbalikkan akan menjadi kalimah Allah dengan tujuan untuk menghina Islam. padahal baru jadi bentuk W.. macam2 cara nak jatuhkan orang kalu bila hati busuk dan terlampau kuat Islamnya...benda yang takde pon dia oleh nampak dan jadikan ada~ Sedih kan... Orang kita yakni meLAYU memang suka menjatuhkan sesama bangsa... Pantang melihat orang lain berjaya mesti ada si bangsat yang nak menjatuhkannya... Kartun macam ni pun boleh kata agenda Yahudi... Yang Islamic Fashion Festival tu agenda apa pulak? Tengok anak-anak Melayu pakai legging pergi jalan-jalan tu takde pape pulak... Upin Ipin tu kira kartun paling berjaya kat Malaysia ni, tengah nak naik dah ada yang nak condemn... Mungkin benar ada maksud dalam bahasa lain... Tapi jangan jadikan satu kebetulan itu satu kepercayaan... Ni memang sikap orang meLAYU... Kalau makan pindah-pindah tempat nanti kahwin ngan orang jauh...Kalau makan guna dua pinggan, nanti kahwin dua.. Kalau asah pensel dua-dua belah nanti mak bapak cepat mati...Kalau duduk atas bantal nanti buntot kena bisul... Kalau tengok Upin Ipin, nanti kira murtad la? Lagi satu, yang menulis note ni sape sebenarnya? Adakah dia seorang wali atau ahli sufi yang mempunyai kuasa untuk membatalkan solat seseorang? 40 hari 40 malam... Lama tu... Maknanya kalau dah tertengok Upin Ipin tu tak payah semayang dah la... Nanti tak diterima... Kalau tertengok iklan dia mungkin 30 hari 30 malam kot... Banggalah dengan hasil anak-anak muda kita yang betul-betul berjaya... Buang jauh-jauh hasad dengki tu... Kalau Usop Sontorian, Kacang, Yokies, Kluangman tu Yahudi gak ke??
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 01:58:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015