KECEWA. Bila bertemu lelaki yang telah pun separuh usia, lebih - TopicsExpress



          

KECEWA. Bila bertemu lelaki yang telah pun separuh usia, lebih kurang sebaya ibu dan ayah kita...mengutuk2 tubuh badan isterinya yang dah semakin berusia dan mulai berkedut. Katanya "REPUT" dan sebagainya,saya tak mampu gambarkan jika itu berlaku terhadap ibu saya sendiri..setiap wanita berhak dihargai dan dihormati. Lelaki adalah pemimpin dan pelindung harus tanamkan sifat2 mulia di dalam diri untuk terus membimbing kami (kaum wanita dan dunia). Memang sukar untuk temui LELAKI SEJATI zaman ini. Kebanyakkannya mengutamakan halwa nafsu dari segala2nya...SEDIH,kerana bertemu dan mengenali lelaki-lelaki sebegini. Semoga Allah menjauhkan saya dan melindungi saya dari BERJODOH dengan lelaki2 jenis sebegini. Seumur hidup saya belum pernah lagi saya mendengar abah menghina atau mengeluarkan kata2 kesat terhadap ibu. Syukur Alhamdulillah. Seharusnya WANITA yang telah Bekorban JIWA dan RAGA SEPENUH HATI dan KUDRATnya sebagai ISTERI di samping anda diberikan sepenuh penghargaan juga. Bukan dijadikan BAHAN HINAAN dan tempat melepaskan ketidakpuasan hati anda sebagai lelaki. Apa guna jadi lelaki yang tak mampu mendidik dan membawa isteri anda ke jalan yang sempurna dan diredhai Allah S.W.T. Wanita bukan tempat memuaskan nafsu,tetapi wanita adalah semulia Ibumu apabila dia juga bergelar seorang ibu dan melahirkan zuriat anda suatu hari nanti. Memang kaum lelaki juga boleh beristeri 4,tapi sejauh mana kemampuannya untuk beristeri lebih dari satu? Sudah cukup bersedia dengan seluruh tanggungjawab yang telah digariskan dalam ajaran agama islam? Adakah anda benar2 membahagiakan si Isteri dari zahir dan batin? Jika yang satu pun tak mampu menjadi ADIL, lebih baik perbaiki diri dan jaga rumah tangga yang terbina dengan lebih sempurna.#ralat dengan lelaki2 yang berbangga nak kahwin lebih tapi kurang ilmu agama dan jika ada ilmu agama pula masih tak mampu mengamalkannya,hanya mampu menunjuk2 alim dan serba tahu. #bersyukur miliki AYAH yang SETIA dan menghargai IBUku hingga ke hujung nyawa. #sekadar berkongsi
Posted on: Sun, 07 Jul 2013 05:27:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015