KEKAL SIHAT KETIKA RAMADHAN Salam Sejahtera Jabatan Kesihatan - TopicsExpress



          

KEKAL SIHAT KETIKA RAMADHAN Salam Sejahtera Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Adalah menjadi harapan JKNP agar semua muslimin dan muslimat yang menjalani ibadah puasa kekal sihat ketika Ramadhan dengan amalan berikut; • Penghidap penyakit kronik seperti diabetes atau tekanan darah tinggi perlu patuhi nasihat doktor terutama dalam pengambilan ubat-ubatan untuk kekal sihat. • Perokok dinasihatkan untuk mengambil peluang kehadiran Ramadhan untuk berhenti merokok. “Nafas Baru Bermula Ramadhan”. • Teruskan amalan pemakanan sihat dan beli makanan daripada premis atau gerai makanan yang bersih. (Semua penyedia makanan perlu pastikan makanan yang disediakan bersih, selamat dan sihat dengan kurangkkan, penggunaan gula, garam dan lemak dalam hidangan) • Minum banyak air kosong setelah berbuka puasa. Amalan minum 6 hingga 8 gelas air kosong perlu diteruskan. • Aktiviti fizikal dengan kapasiti sederhana boleh dilakukan walaupun anda berpuasa bagi memastikan kecergasan tubuh badan. Semoga amalan yang disarankan dapat membantu semua muslimin dan muslimat kekal sihat ketika Ramadhan. Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Daripada saya: Dr. Norhizan bin Ismail Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 06:18:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015