KELEBIHAN KISMIS Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan - TopicsExpress



          

KELEBIHAN KISMIS Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.” “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.” Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti: a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan c) Melawaskan pembuangan air besar d) Melindungi hati e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi. g) Membantu sebagai penerang hati h) Membantu menguatkan hafalan i) Membantu menajamkan mata dan minda j) Membantu memulihkan keletihan saraf k) Membantu menguatkan daya ingatan l) Membantu mengurangkan stress m) Membantu merawat penyakit histeria n) Membantu merawat penyakit gementar o) Membantu merawat penyakit anemia p) Membantu merawat masalah sembelit q) Membantu merawat masalah pelupa r) Menambah fahaman serta minat belajar s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. IN SHAA ALLAH....
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 04:57:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015