KENAPA BABY MINUM SUSU IBU KERAP BANGUN MALAM? Ramai ibu-ibu baru - TopicsExpress



          

KENAPA BABY MINUM SUSU IBU KERAP BANGUN MALAM? Ramai ibu-ibu baru mengeluh sebab baby kerap bangun malam terutama sekali masa pantang. Ibu-ibu ni rasa penat, mengantuk & stress sebab tak cukup tidur. Kawan-kawan yang bagi anak mereka susu formula pula cakap anak tak bangun malam, tidur straight sampai pagi. Ibu-ibu yang breastfeed ni mula lah rasa nak give up dan bagi susu formula je. Anda kena faham kenapa baby minum susu ibu kerap bangun malam. Sebabnya susu ibu sangat mudah dihadam. Selalunya setiap 2 jam baby akan bangun minum susu. Bagi yang tidak tahu mesti ingat baby sentiasa lapar sebab susu tak cukup, sebab tu asyik nak menyusu. Bukan sebab susu tak cukup ya! Sebab susu ibu sangat mudah dihadam berbanding dengan susu formula. Jadi janganlah ingat susu anda tak cukup. Susu anda sentiasa cukup untuk baby anda. Dan janganlah mengeluh kalau asyik kena bangun malam. Besar ganjarannya untuk ibu-ibu yang bersengkang mata untuk bagi anak susu malam-malam. Jadi jom kita kumpul saham akhirat dengan bersengkang mata di malam hari. Allah janjikan ganjaran pahala bagi setiap titis susu ibu yang diberi pada baby. MasyaAllah cuba bayangkan bila dapat susukan baby sehingga 2 tahun? Sungguh Allah itu maha adil dan penyayang. Sangat mudah ibu-ibu untuk mendapat pahala, insyaAllah.. Shaklee Independent Distributor Idailani Abdul Ghani - 888807 Whatsapp - 0163600977
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 06:13:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015