KENYATAAN OLEH KESATUAN ULAMAK MUSLIMIN SEDUNIA BERKAITAN ISU - TopicsExpress



          

KENYATAAN OLEH KESATUAN ULAMAK MUSLIMIN SEDUNIA BERKAITAN ISU MESIR Kenyataan Al-Ittihad Al-Alami Lil Ulamak Al-Muslimin tentang Isu yang berlaku di Mesir Segala puji bagi Allah,Selawat dan Salam buat Sayyiduna Rasulullah,dan semua ahli keluarga dan sahabat Baginda,juga buat para pengikutnya, Wa Ba’d Sesungguhnya,Kesatuan Ulamak Islam sedunia tidak menganggap Mesir sebagai sebuah Negara biasa seperti Negara-negara lain,bahkan menganggap Mesir sebagai Kiblat Keilmuan Islam,dan Mesir juga adalah pusat kestabilan bagi seluruh dunia Arab,dan ia juga mata air bagi ketamadunan. Kesatuan Ulamak Islam Sedunia meletakkan Al-Azharnya sebagai tempat berteduh bagi seluruh Umat Muslimin. Berkurun lamanya anak-anak dari seluruh Umat Islam berulang alik ke Al-Azhar As-Syarif,mempelajari darinya Al-Qur’an dan As-Sunnah,dan apa sahaja ilmu yang lahir darinya dari Aqidah,Fiqh,Usul Fiqh,Ilmu Suluk(Tasawuf),Tafsir ,Hadith,Sirah,Tarikh Islami,Bahasa Arab dan sekalian Ilmu berkaitannya dan Kesusasteraannya. Oleh yang demikian,Kesatuan Ulamak Islam Sedunia meletakkan tumpuan yang sangat besar terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir. Hal ini kerana besarnya kesan dan kepentingan Mesir bagi seluruh dunia Islam. Seluruh dunia telah menerima Revolusi 25 Januari 2011 yang penuh berkat itu,tidak seperti mana mereka menerima Revolusi-revolusi yang lainnya. Revolusi ini diraikan dan diterima baik,dan ianya memberikan kegembiraan buat seluruh Kaum Arab,Muslimin dan dunia seluruhnya. Bermula dari sinilah dating perasaan terkejut kami,bahkan dunia seluruhnya – dan kamilah pihak yang paling terkejut – dengan apa yang sedang berlaku di Mesir yang sangat kami cintai sepanjang tempoh beberapa hari ini dari : Berpecahnya Negara Mesir kepada dua kumpulan yang besar,yang mana setiap kumpulan darinya mewakili jumlah rakyat dan pendokong yang ramai. Setiap satu dari kumpulan itu berpegang keras dengan pendapatnya,dan bersemangat dengan pandangan halatujunya. Satu pihak menentang dan membangkang Presiden Muhammad Mursi,Presiden yang pertama dipilih oleh rakyat Mesir melalui Pilihanraya yang bebas dan bersih yang tidak ada keraguan padanya. Pihak yang lagi satu pula menyokong beliau,dan berpegang dengan keabsahannya jawatanya ,dengan diskokng oleh asas-asas kenegaraan dan panduan Agama yang mesti dilaksanakan. Dan adapun natijah dari Hukum Demokrasi yang telah Berjaya dibawa hasil dari Revolusi yang lalu : Diberikan bagi seluruh rakyat ruang kebebasan yang luas dalam Pilihanraya,Kebenaran Berhimpun dan menyuarakan pandangan. Ini adalah perkara yang tidak pernah dilihat oleh semua pihak sebelum ini. Ini adalah perkara yang tidak dapat kita menafikannya. Kami amat-amat berharap dari Ketenteraan Mesir yang sangat kami kasihi,dan dari kepimpinan tertingginya : Untuk berdiri bersama-sama dengan Presiden yang telah dipilih dalam Pilihanraya,pada masa yang sama membentangkan kepada Presiden apa yang mesti dilakukan oleh beliau dari perbincangan dan mesyuarat,dan jalan-jalan untuk mentadbir urus Negara berpandukan Syariah,dan menjadi orang tengah bagi Presiden dan pihak yang menentang beliau. Tidak diutamakan satu pihak,dan menafikan satu pihak lagi. Akan tetapi ketentuan Allah,pihak tentera telah memilih pendiriannya yang telah berlaku ini. Kami tidak menafikan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh Institusi Presiden Negara,dan Presiden Muhammad Mursi sendiri telah mengiktiraf kesilapan-kesilapan beliau dalam ucapannya yang terakhir. Dan kesilapan-kesilapan sebegini juga sememangnya berkemungkinan untuk dilakukan juga oleh sesiapa sahaja yang mendudukinya tempat beliau selepas ini. Kami juga tidak mengingkari dan menafikan tuntutan-tuntuan yang dibuat oleh sejumlah yang besar dari rakyat,akan tetapi yang kami mahukan hanyalah jalan yang boleh menyatukan dan boleh bekerjasama padanya kedua-dua pihak,untuk mencapaikan apa yang menjadi halatuju Negara,dan mencapai apa yang diseru oleh Revolusi 25 Januari – dari hidup yang bebas,dihormati,dan keadilan sosial. Dan adapun,setelah mana dibuat Bayan oleh Majlis Tentera baru-baru ini,menjadi kemestian bagi kita untuk memastikan beberapa perkara : 1. Diberikan ruang dan kebebasan untuk menyuarakan pandangan secara aman dengan segala bentuknya kepada pendokong keabsahan Perlembagaan,dan tidak dibuat sebarang sekatan ke atas mereka,dipelihara mereka dari sebarang tindakan ganas,dan tidak diambil ringan ke atas pihak yang mencederakan mereka,dan diambil tindakan yang tegas dalam perkara ini. Kebebasan bersuara terjamin buat seluruh rakyat Mesir sebelum ini sepanjang tempoh selepas Revolusi 25 Januari. Adalah tidak masuk akal untuk disekat Aliran Islami dari kebebasan bersuara kini. 2. Penegasan kepada semua yang menyertai tunjuk perasaan (menyokong Presiden Muhammad Mursi) untuk beriltizam dan berpegang dengan ‘Silmiyyah’ (Aman),dan menjaga nyawa dan premis-premis,dan tidak mengambil tindakan yang boleh membawa kemudharatan bagi Maslahah Mesir yang lebih tinggi seperti Kesatuan rakyatnya,kekukuhan para tenterannya,tersebarnya jaminan keselamatan dan keamanan di seluruh pelusuknya. Matlamat yang mulia tidak mungkin boleh dicapai melainkan dengan jalan yang baik dan mulia. Mana-mana pihak yang melampaui batas,sesungguhnya dia hanya membinasakan dirinya sendiri,dan memburukkan nama pada alirannya,dan mengembalikannya negaranya ke belakang. 3. Tidak dipencilkan dan disekat Aliran Islami,khususnya Jamaah Ikhwanul Muslimin dari ruang amal Politik. Mereka juga adalah bahagian yang asal dan asas dari masyarakat Mesir,cintakan negaranya(patriotic) dan sangat bersungguh-sungguh dan terkedepan ingin berkhidmat membawa kebaikan buat negaranya,sangat-sangat positif bekerjasama demi negaranya,tonggak rakyat kebanyakan pada setiap zarah dari tanah-tanah di Mesir. Telah berdekad lamanya mereka menanggung kesakitan dan ujian demi rakyat Mesir dari Regim sebelum ini,dan mereka bersabar menghadapinya. Kami menolak sekeras-kerasnya desakan dari sebahagian golongan pelampau yang mahu agar Aliran Islami disekat dan dipencilkan,dan dikembalikan mereka ke penjara dan dicabul hak asasi para pendokong. Tidak ada lagi ruang untuk memencilkan dan menafikan mana-mana anak Mesir selepas Revolusi. 4. Tidak diberi peluang kepada pihak-pihak pengacau yang menakut-nakutkan anak-anak lelaki dan wanita dari aliran Islami,yang menjaga dan memelihara janggut dan tudung-tudung mereka. Ini adalah lambang keislaman,bukannya lambang kepada keterlibatan dengan mana-mana aliran Politik. Ianya adalah sebahagian dari lambang kepada amalan beragama. Ianya bukanlah asing bagi Mesir,bukan juga perkara luar yang datang dari luar Mesir. Tindakan terhadap pihak pengacau itu perlulah dizahirkan dengan tindakan di alam nyata oleh Pihak Kerajaan,dan bukan sekadar melalui kenyataan-kenyataan (statement) sahaja. 5. Membantah tindakan-tindakan ‘khas’ yang menutup sebahagian stesen-stesen TV,dan menutup beberapa pusat operasi,halangan terhadap beberapa akhbar,dan tahanan dan ancaman terhadap pekerjanya yang tidak disertakan dengan arahan perundangan. Membantah tahanan ratusan pemimpin Ikhwanul Muslimin dan aliran Islami – dan tahanan keatas Presiden itu sendiri – tanpa ada sebarang sudut perundangan terhadap tahanan tersebut. Dan yang lebih kami bimbangi darinya,adalah tercemarnya Revolusi 25 Januari dengan terhalangnya kebebasan warga Mesir tanpa alasan yang benar,ataupun mereka-reka dakwaan dan tuduhan ke atas mereka untuk menghalang kebebasan mereka,atau menghalang hak-hak keterlibatan mereka dalam Politik dan Madani. Sesungguhnya kezaliman itu natijahnya sangat buruk. 6. Dihapuskan sekatan Media yang datang dari pihak atasan ke atas aktiviti-aktiviti anjuran pihak yang menyokong dan berpegang keabsahan Perlembagaan. Itu adalah hak mereka sebagai warga Mesir. Ini demi menghapuskan rasa bimbang dalam jiwa mereka – bahawa mereka kini sedang berhadapan dengan perancangan jahat ke atas mereka – dalam keadaan mata-mata warga Mesir dan Dunia seluruhnya tidak dapat melihat mereka,begitu juga tidak dapat mendengar suara mereka. Tindakan ini juga tidak wajar bagi pembinaan Negara Mesir yang baru. 7.Digerakkan dan diaktifkan segera Suruhanjaya Tinggi Untuk Perdamaian Nasional,yang mana mesti menggabungkan Individu-Individu dan nama-nama penting dalam Negara yang diyakini ketelusan mereka,dan penerimaan ke atas mereka oleh semua pihak dalam Negara. Suruhanjaya ini mestilah diwakili oleh semua Aliran dalam Negara,sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Bayan Askari sebelum ini. 8. Diberi penghargaan keatas niat-niat baik seluruh anak-anak muda,dan keikhlasan mereka dalam tuntutan-tuntutan mereka. Dan tidak boleh diragui dan dipersoalkan akan niat yang ikhlas pihak yang pembangkang dan hak yang dibenarkan bagi mereka untuk membuat tuntutan-tuntutan yang bagi pandangan mereka ianya demi maslahah Negara. 9. Menyeru seluruh warga Mesir untuk bertindak dan berinteraksi dengan Ukhuwah yang menyatukan sesame mereka,dan mendamaikan antara mereka,dan menperdamai ketika berlaku perselisihan,dan menjadikan mereka saling beralah antara satu sama lain,tanpa mementingkan diri sendiri sahaja dan takabbur terhadap sesama mereka. Dan, kesemua pihak dari Kesatuan Ulamak Sedunia yang menandatangani kenyataan ini sangat-sangat mengharapkan agar semua golongan Bijaksana,Cerdik Pandai,dan Pihak Tengah dan rakyat dari kedua-dua kumpulan dapat berkumpul dalam memainkan peranan sebagai pihak tengah yang dapat mendamaikan,yang akan membentangkan inisiatif yang bersungguh-sungguh,yang dapat menyatukan anak-anak bangsa yang satu d atas kata sepakat. Begitu juga,kami sangat cintakan seluruh warga Mesir,Arab dan Muslimin,dan mengharapkan agar semua menjauhi pecah belah dan akibatnya dan kesan buruk yang dibawanya yang hanya diketahui oleh Allah akan sejauh mana kesannya. Sesungguhnya Mesir adalah amanah di atas bahu setiap anak-anak bangsanya. Allah S.W.T akan mempersoalkan amanah ini ke atas mereka adakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya. sumber : Muhammad Noorazam Bin Bahador
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 08:49:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015