KESALAHAN kecil & BESAR Mungkin ada sebabnya sesetengah orang - TopicsExpress



          

KESALAHAN kecil & BESAR Mungkin ada sebabnya sesetengah orang memilih dan membeli kamera DSLR yang canggih, tetapi tetap menggunakan mode automatik sepenuhnya. Ada beberapa kemungkinan, samaada dia mencari jalan mudah tidak mahu susah-susah menukar seting secara manual, atau tidak berapa mahir menggunakan manual, atau lebih yakin dengan mode automatik. Rata-rata jurufoto akan merasa rugi kalau tidak menggunakan kelebihan pada kamera yang canggih. Dengan mode manual pelbagai pengawalan boleh digunakan dan memang sesuai untuk menghasilkan gambar yang lebih bermutu dan hebat, mengikut cita rasa jurufoto itu sendiri. Tidak lengkap rasanya kalau memakai manual pada kamera canggih tetapi tidak mahir mengendalikan aperture, shutter speed, ISO dan white balance. Ada yang memandang remeh tentang fungsi aperture, shutter speed, ISO dan white balance, mereka merasakan ianya adalah perkara kecil, dan boleh diatasi dengan mudah. Sesetengahnya begitu yakin dengan pengetahuan yang ada, tanpa mempertingkatkan pengetahuan lebih mendalam tentang empat perkara penting sebagai asas dalam dunia fotografi. Sikap ini akan memakan diri dan mungkin menjadi masalah besar pada masa akan datang. Ianya nampak mudah dan boleh dipelajari dimana-mana dan ada yang mengambil jalan mudah dengan belajar di Youtube, baca artikel melalui buku dan di internet atau tanya kawan-kawan. Tidak kurang juga yang mengahadirkan di dalam kelas formal dan tidak formal. Ini juga bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman tenaga pengajarnya. Asas fotografi, aperture, shutter speed, ISO dan white balance bukan sesuatu yang boleh belajar dengan cara menghafal. Sebaik-baiknya perlu mendapat tunjuk ajar atau bimbingan orang yang berpengalaman. Kemudian ianya harus dibuat latihan secara praktikal berterusan. Banyak perkara yang bersangkutan perlu diketahui, antaranya, di mana letaknya, dan bagaimana bentuknya aperture, bagaimana ia berfungsi dalam mengawal cahaya sebelum sampai ke image sensor. Bagaimana sukatan f2.8 atau f4 dikira dan berapa besar bulatan sesuatu aperture. Mengapa lain lensa lain pula sukatan aperturenya. Ada yang bermula dari f2.8 dan ada yang dari f4. Apa kaitan antara aperture dengan lensa. Apakah kesan-kesan apabila aperture f 2.8 sehingga f 22 digunakan. Bagaimana dan apakah seting aperture, mengikut keadaan dan masa, bagi mendapatkan efek yang dirancang. Begitu juga keadaanya tentang penggunaan shutter speed, ISO dan white balance. Mahu tidak mahu perkara-perkara ini harus diketahui sedalam-dalamnya. Kepada mereka yang faham ia tidak menjadi masalah. Kepada yang masih belum faham seharusnya berusaha untuk mengetahuinya. Sekurang-kurangnya mereka telah menyelesaikan masalah besar bagi mengatasi masalah kecil. Kalau tidak tahu atau tidak mahu belajar / mendalami fungsi, kesan dan seting aperture, shutter speed, ISO dan White balance, ia memang satu KESALAHAN BESAR yang membolehkan kesalahan kecil berterusan. Adnan Hassan
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 01:27:19 +0000

© 2015