KONTROVERSI FARAH INTAN BURHANUDDIN? Individu dimaksudkan ialah - TopicsExpress



          

KONTROVERSI FARAH INTAN BURHANUDDIN? Individu dimaksudkan ialah Farah Intan Burhanuddin dan jika di PEMANDU beliau memegang jawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan bertugas di Zaid Ibrahim & Co. Menurut The Benchmark, Farah merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau tiba-tiba muncul dan menjawat jawatan penting dalam PEMANDU. Farah menguruskan program berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta memantau PDRM bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Farah jika mahu boleh memanggil semua Ketua Polis Daerah jika beliau mahu bertemu dengan mereka. The Benchmark menulis, Farah suka berparti dan juga memiliki tabiat meminum arak serta membuat beberapa perjalanan ke luar negara yang dilabel sebagai lawatan kerja cukup dikenali di pejabat dan digelar sebagai ‘Party Queen’ di PEMANDU. Hubungan Farah dengan beberapa lelaki warga asing menjadikan beliau sasaran kuasa asing dan beliau mungkin akan diugut sehingga terpaksa mendedahkan maklumat sulit negara ke tangan pihak asing. Farah menurut entri itu adalah satu ancaman keselamatan, gaya hidup mewah serta tabiat minum araknya adalah sesuatu yang tidak sesuai untuk tugasnya di Jabatan Perdana Menteri. The Benchmark mendesak pihak Najib atas nama kepentingan negara mengugurkan Farah dan juga beberapa nama lain yang didakwa merosakkan PEMANDU daripada terus menjawat jawatan. Ada lagi beberapa entri yang dilihat mengkritik PEMANDU kerana dikatakan lebih berharap kepada pakar rujuk sehingga terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit sehingga ada satu pakar rujuk ditunjukkan dibayar hampir RM36 juta. Pihak Jabatan Perdana Menteri dan PEMANDU diminta mengambil perhatian serius ke atas isu ini kerana luahan dan ketidakpuasan hati diluahkan oleh blogger adalah datangnya dari mereka yang pro-kerajaan sendiri. OLEH : KUMBANG WIRA
Posted on: Sat, 07 Sep 2013 03:45:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015