KORBAN DI KEMBOJA SINTOK - Pusat Islam Universiti Utara Malaysia - TopicsExpress



          

KORBAN DI KEMBOJA SINTOK - Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Alumni UUM dan Persatuan Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak menjalinkan kerjasama bagi menjalankan ibadah Korban di Kemboja sempena Aidil Adha pada tahun ini. Pengarah Pusat Islam UUM, Prof Madya Dr Ismail Ishak berkata, program ini adalah sebagai jalinan ukhwah dengan penduduk disana nanti. “Dalam lawatan ke Kemboja tahun lalu oleh staf dari Pusat Islam UUM Mohd Yusnaidi Md Sabri dan Uztaz Ahmad Zabadi Mokhtar pihak penduduk dinegara itu menyampaikan harapan agar program korban dilakukan disebuah kampung yang belum pernah mana-mana pihak mengadakan majlis korban disana,” ujar beliau ketika ditemui. Katanya memandangkan UUM mempunyai pelajar yang menuntut disini maka keputusan dicapai untuk bekerjasama dengan pihak Alumni UUM. Sementara itu Pengarah Pusat Alumni UUM Dr Halim Mad Lazim berkata, jalinan kerjasama dan program pengantarabangsaan ini diharap bukan sahaja dapat membantu penduduk dinegara itu malah mendekatkan alumni dari UUM. ‘Sehingga kini terdapat keseluruhan 3,301 alumni dari 43 buah negara dan alumni dari Kemboja pula seramai 176 orang yang mengikuti Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) ,” ujarnya. Beliau berharap program Korban ini akan menjadi jalinan hubungan antara kedua negara dan lebih banyak akitviti dapat dijalankan selepas ini. Dalam pada itu Yang Dipertua Alumni IKBN Peretak, Samsudin Oli Mohamed pula melihat program kerjasama ini bukan sahaja dapat merealisasikan hasrat penduduk disitu untuk rakyat negara ini mengadakan majlis korban disana malah dapat merapatkan hubungan antara belia di kemboja. Peluang yang diberikan oleh pihak Pusat Islam dan Alumni UUM ini diharap memberi peluang kepada golongan belia untuk bersama menjalankan kerja-kerja kebajikan. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ibadah korban sebanyak RM300 untuk setompok ini boleh menghubungi Pusat Alumni UUM 0194270491 / 049283221(Omar Ibrahim), Pusat Islam UUM 019-4719675( Ustaz Mohd Yusnaidi Md Sabri), 0178301229 (Ustaz Ahmad Zabadi Mokhtar) dan Alumni IKBN Peretak 0174729890 (Samsudin Oli Mohd). Habis
Posted on: Thu, 29 Aug 2013 03:20:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015