KRONOLOGI YANG MENJURUS KEPADA PEMBENTUKAN MALAYSIA *Original post - TopicsExpress



          

KRONOLOGI YANG MENJURUS KEPADA PEMBENTUKAN MALAYSIA *Original post by Lynia Francis Kamuntah* 27 MEI 1961 - Tunku Abdul Rahman mengungkapkan cadangan Projek Malaysia dalam ucapannya di Singapura. JUN 1961 - Lawatan Muhibah Tunku Abdul Rahman ke Borneo Utara (Sabah) untuk memberi kefahaman terhadap Projek Malaysia. 9 OGOS 1961 - Borneo Front (Barisan Borneo) diwujudkan dengan diwakili oleh parti-parti politik Borneo seperti SUPP, Parti Rakyat Brunei, UNKO, SNAP, PASOK, Parti Negara Sarawak dan UP. Tujuannya adalah untuk mencabar cadangan Projek Malaysia. NOVEMBER 1961 - Perundingan dilakukan di London. JANUARI 1962 - Penubuhan Suruhanjaya Cobbold; Referendum dan syor-syor untuk memastikan hak-hak dan keistimewaan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak di mana 20-PERKARA untuk Borneo Utara (Sabah) dan 18-PERKARA untuk Sarawak di sediakan untuk tujuan ini. 21 JUN 1962 - Laporan Suruhanjaya Siasatan Cobbold selesai dibukukan dan diserahkan kepada Perdana Menteri British dan Perdana Menteri Tanah Melayu sebagai dokumen sulit. 23 JULAI 1962 -Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) dibentuk dengan diketuai oleh Donald Stephens bertujuan mengumpul maklumat, memberi penjelasan dan menyediakan mekanisme galakan dan menyediakan memorandum. 31 JULAI 1962 - Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dipersetujui dibentuk untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Cobbold. 13 & 14 JULAI 1962 - Donald Stephens memanggil wakil-wakil parti politik Borneo Utara untuk menggariskan perkara-perkara yang menjadi tuntutan MEMASTIKAN HAK DAN KEISTIMEWAAN ANAK NEGERI BORNEO UTARA TERJAMIN dalam cadangan pembentukan Malaysia; 14-PERKARA telah dikenal pasti dan seterusnya menjadi 20-PERKARA. 29 OGOS 1962 - 20-PERKARA telah dipersetujui dan ditandatangani di Singapura oleh wakil lima parti politik Borneo Utara (Sabah) iaitu UNKO, USNO, Pasok Momogun, Democratic Part (DP) dan United Party (UP). 12 & 26 SEPTEMBER 1962 - Majlis Perundangan Borneo Utara dan Sarawak bersetuju bergabung membentuk Malaysia DENGAN SYARAT 20-PERKARA DAN 18-PERKARA DITERIMA DAN DIHORMATI. 8 MAC 1963 - Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) diterima oleh Majlis Negeri Sarawak. 18 MAC 1963 - Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) diterima oleh Kerajaan Borneo Utara (Sabah) dan seterusnya diterima dalam Parlimen Tanah Melayu. 9 JULAI 1963 - Perjanjian Malaysia ditandatangani di London ( Brunei telah memilih untuk tidak menyertai dalam Pembentukan Malaysia ). 22 JULAI 1963 - SARAWAK DIBERI KEMERDEKAAN OLEH KERAJAAN BRITISH. 31 OGOS 1963 - BORNEO UTARA (SABAH) DIBERI KEMERDEKAAN OLEH KERAJAAN BRITISH. 16 SEMPTEMBER 1963 - PENGISYTIHARAN MALAYSIA DIBUAT DI JESELTON ( KOTA KINABALU ). P.s : sharing is caring. KNOW YOUR HISTORY.
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 17:32:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015