KUIZ BERSEMPENA MAULIDUR RASUL SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM - TopicsExpress



          

KUIZ BERSEMPENA MAULIDUR RASUL SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM 1435H Assalamu’alaikum.. PDI akan mengadakan kuiz untuk sahabat2 FB di luar sana dan 3 pemenang yang bertuah akan dipilih bagi memenangi wang tunai sebanyak $50.00… 1. Bilakah nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dilahirkan? a) 12 Rabiul Akhir Tahun Gajah b) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah c) 12 Rejab Tahun Gajah. 2. Siapakah nama Datuk Nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya? a) Abi Thalib b) Abdul Muthalib c) Abu Bakar As sidiq 3. Berapakah usia Nabi ketika Baginda diangkat menjadii rasul? a) 40 tahun b) 25 tahun c) 41 tahun. 4. Apakah pekerjaan Nabi semasa Baginda hidup bersama bapa saudaranya? a) Berniaga b) Berkebun c) Bercucuk tanam. 5. Apakah nama tempat Nabi menerima wahyu yang pertama? a) Gua Niah b) Gua Tsur c) Gua Hira’ 6. Malaikat apakah yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam? a) Raqib b) Jibril c) Israfil SYARAT-SYARAT KUIZ:- 1. Terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pegawai dan kakitangan Pusat Da’wah adalah tidak dibenarkan menyertai peraduan ini. 2. Jawapan hendaklah dihantar melalui INBOX Page Pusat Da’wah Islamiah. (URL https://facebook/pages/Pusat-Dawah-Islamiah/200239083344845) 3. Nama penuh, No. Kad Pintar dan Nombor Telefon Bimbit hendaklah disertakan dalam jawapan biskita. 4. Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap peserta. 5. Hanya 3 pemenang yang dapat memberikan jawapan tepat saja yang akan diberikan hadiah. Jika didapati lebih 3 orang peserta memberikan jawapan yang tepat, undian akan dijalankan. 6. Setiap peserta hendaklah mempunyai Akaun Bank (Bank di Negara Brunei Darussalam). 7. Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Khamis 06 Februari 2014, Jam 4.30 petang
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 01:31:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015