Kadang-kadang berurus niaga dgn pelanggan yg kita kenal lagi payah - TopicsExpress



          

Kadang-kadang berurus niaga dgn pelanggan yg kita kenal lagi payah berbanding berurusan dengan pelanggan yg langsung kita tak pernah kenal... Pagi ni menguruskan pelanggan2 bertanyakan mengenai tempahan, rata-rata bertanyakan tracking number... Yang pelanggan kita tak kenal ni, dengan sopannya bertanyakan samada kita dah masuk ofis belum, nak tanya barang camne smua.. Yang pelanggan kita dah kenal ni, siap perli kita sbb batang hidung barang tu pun tak nampak... Nasib baik, iman masih di dada, bagitau yg akan buat semakan dengan kilang... Jika ikut nafsu amarah, mahu jer jawab, memang x nampak la batang hidung, dah tu barang, bukan orang... Bila bercuti seminggu, memang camnila, namun, tiada keluhan yang kuterima, pelanggan yang memahami proses order faham dengan cara tempahan di syifa design. Kebiasaan, yang bermasalah, yang order face to face. Sebab nak kita follow masa diorang... Seakan-akan serik mengambil tempahan face to face. Memang kalo ada premis nanti pun, tidak pernah terlintas di hati to be the front liner. Biarlah diri ini tidak dikenali, namun diri ini mampu menolong mereka secara belakang tabir sahaja... Proses tempahan sememangnya sentiasa que di Syifa Design, atas dasar kenalan kita cuba siapkan lebih cepat, namun, kenalan mengharapkan lebih dari itu. Sesungguhnya hari ini, diriku belajar sesuatu... Ya Allah, mudahkan urusan-urusanku, amin After this, must always bear in my mind, no more cut in process day even it is for my own order
Posted on: Mon, 21 Oct 2013 04:44:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015