Kadang-kadang kita mempunyai masalah dengan jiran mengenai kucing - TopicsExpress



          

Kadang-kadang kita mempunyai masalah dengan jiran mengenai kucing yang dipelihara.. Antaranya ialah, kucing kita yg membuang air di rumah jiran. Ini kebiasaanya terjadi kepada semua pembela kucing.. Jiran sesama sendiri bermasam muka disebabkan masalah kucing yang tidak mengerti apa-apa. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Tidak perlu bermasam muka sesama jiran, tidak perlu memukul haiwan yang tidak mempunyai akal tersebut. Langkah yang boleh diambil adalah dengan berbincang dengan cara yang baik sesama kita.. Bincangkan elok ^.^ Bila jiran dan mengur, si tuan kucing haruslah ambil tindakan.. Jangan buat sambil lewa sahaja. Admin pun marah juga apabila kita yg kena bersihkan najis kucing.. Sekali dua bolehlah terima, tapi hari-hari kita kena hadap benda tu memang tak sedap jugakkan walaupun kita sayangkan kucing.. Admin rasa anda pun begitu.. Sebelum ini admin telah pun memberikan tips untuk kucing membuang najis ditempat yg sepatutnya. Admin harap sangat supaya jgn pukul kucing yg memang tidak mengerti apa-apa. Sebaliknya, tegurlah jiran dengan cara berhemah dan beradab.. ^.^ -Admin Kucing-
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 07:57:49 +0000

Trending Topics




© 2015