Kaji peraturan cermin gelap Oleh: Wartawan Sinar HarianTarikh: - TopicsExpress



          

Kaji peraturan cermin gelap Oleh: Wartawan Sinar HarianTarikh: August 23, 2013 KAMUNTING – Ramai pengguna kereta import di negara ini sering berhadapan masalah cermin gelap kerana kebanyakan kenderaan yang diimport itu memang sudah sedia gelap.Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh berkata, pihak kerajaan diminta mengkaji semula peraturan penggunaan cermin gelap kenderaan.Menurutnya, masalah itu berlaku apabila kerajaan membenarkan kenderaan berkenan diimport, namun tidak menepati piawaian yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).“Jika perkara itu berterusan berlaku, pengguna yang berhadapan dengan banyak masalah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.Billy berkata, beliau menerima dua laporan membabitkan kes cermin kenderaan gelap baru-baru ini.“Dalam kes berkenaan, dua kakitangan awam telah ditahan JPJ berikutan cermin kereta import yang mereka miliki gelap dan tidak diluluskan,” katanya.Jelasnya, kajian terperinci perlu dilakukan terhadap permasalahan ini kerana ia membabitkan hak pengguna.“Jika undang-undang menetapkan cermin gelap tidak dibenarkan, maka kereta import yang mempunyai cermin gelap juga tidak boleh dibenarkan masuk ke Malaysia,” katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Billy berkata, beliau sendiri menerima banyak aduan daripada pengguna berhubung masalah terbabit, dan baru-baru ini, satu pengguna telah membeli sebuah kereta import dan enjinnya rosak.“Kemudian pengguna terbabit telah menukar enjin dan apabila ingin membuat pemeriksaan Puspakom, pihak JPJ memaklumkan cermin kenderaan terbabit gelap dan tidak boleh lulus.“Dalam kes terbabit, pemilik cuba mencari cermin kenderaan lain yang lebih cerah, namun tidak berhasil.“Oleh yang demikian, dia terpaksa menggunakan kenderaan terbabit tanpa ada sebarang pengesahan daripada pihak JPJ selama dua tahun,” katanya.Billy berkata, baru-baru ini iaitu pada 25 Julai lalu kenderaan yang sama telah terlibat dengan kemalangan dan rosak teruk.“Dalam kes ini ada kemungkinan pihak insurans tidak akan menanggung segala kos dan pemilik pasti akan berhadapan dengan masalah kerana perlu membuat bayaran sendiri,” katanya.Menurutnya, kenderaan terbabit ini berada di bengkel dan pihak bengkel juga tidak akan membaiki kerana bimbang insurans tidak akan membuat bayaran.“Oleh itu, difahamkan pihak bengkel akan mengeluarkan satu surat yang meminta sekiranya pihak insurans tidak membuat bayaran maka segala kos perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan terbabit mungkin mencecah RM 19, 000 hingga RM 20, 000,” katanya.Pihaknya juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana undang-undang tidak boleh ditukar, namun akan berusaha membantu individu terbabit mencari jalan penyelesaian.“Kita akan membuat rayuan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta pihak insurans membayar segala kos,” katanya.Sementara itu, seorang pemilik bengkel yang enggan dikenali berkata, jika permasalahan seumpama ini terus berlaku, pengguna yang akan menghadapi banyak masalah.“Apabila sesebuah kenderaan itu tidak berjaya diluluskan pihak JPJ, mereka pasti akan berhadapan masalah sekiranya terbabit dengan kemalangan atau sebagainya.“Besar kemungkinan untuk pihak insurans tidak menanggung kos kerugian itu agak tinggi,” katanya.
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 02:00:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015