Kaji punca kurang penyertaan anak tempatan di sektor - TopicsExpress



          

Kaji punca kurang penyertaan anak tempatan di sektor swasta Posted date: September 16, 2013 Oleh Rafidah Jumat, Media Permata BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiha Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah berdasarkan statistik pada akhir tahun 2012 daripada Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri iaitu dari lebih 6,000 peluang pekerjaan di sektor swasta, cuma sekitar 2,000 sahaja iaitu kira-kira 33 peratus diisikan oleh anak-anak tempatan. Sehubungan itu, Baginda mahu agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan untuk mengkaji dan mengenal pasti apakah punca sebenar perkara ini boleh berlaku. Dalam menilai dan meneliti dasar yang dilaksanakan, adalah perlu untuk mengambil iktibar daripada data-data dan statistik yang telah diperolehi dan dikumpulkan. Selaras dengan usaha ini juga, titah Baginda satu badan petugas yang dikenal pasti sebagai Jawatankuasa Badan Khas Bertanggungjawab Menyediakan Dasar Perancangan Sumber Tenaga Manusia telah pun ditubuhkan bagi menentukan arah kemajuan jangka panjang tenaga manusia. Tenaga kita semua disumbangkan adalah untuk pembangunan, untuk kita dapat hidup dengan baik dan selesa, cukup makan dan pakai serta mempunyai tempat tinggal. Ini semua memerlukan pengurusan dan tanpa pengurusan yang baik, semuanya boleh bercelaru dan kucar-kacir, titah Baginda lagi. Wang banyak pun tidak akan dapat menjamin apa-apa, jika ianya tidak diurus dengan betul seperti berbelanja dengan boros dan membazir. Kerana itulah, titah Baginda budaya berjimat dan menyimpan adalah amat mustahak bagi semua orang.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 21:55:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015