Kamu mahu itu, kamu mahu ini.. bolehkah kamu korbankan sesuatu - TopicsExpress



          

Kamu mahu itu, kamu mahu ini.. bolehkah kamu korbankan sesuatu untuk kami? Apabila isteri saya yang kini seorang pelajar perubatan, saban hari mendengar celoteh saya mengenai kerja, pada suatu hari beliau serius mengajukan satu soalan kepada saya; Abang, kalau saya balik nanti tak kerja jadi doktor, takpe ke? Saya memahami kenapa beliau terfikir sedemikian. Sukar untuk melihat sisi positif yang menarik minat menjadi doktor, apabila yang ada hanyalah demand demi demand ke atas sesiapa yang berada pada jalan ini. Sama ada HO, MO, mahupun Specialist. Baru-baru ini sahaja, kami diberitahu ada arahan terbaru. Sebelum ini ketika shift system diperkenalkan, antara syaratnya adalah HO diwajibkan bekerja sekurang-kurangnya 60 jam seminggu dengan dua hari off setiap minggu.. Tetapi baru-baru ini, kami diberitahu Labor Law yang menghadkan masa waktu bekerja tidak applicable kepada houseman kerana houseman adalah bidang tugas professional. Sebagai bukti professional nya houseman, kini houseman diwajibkan bekerja sekurang-kurangnya 75 jam seminggu dengan hanya satu hari off. Mujurlah Jabatan Pediatrik tempat saya bekerja masih mengambil transition dengan perlahan, mulai minggu hadapan saya akan bekerja dengan hanya satu hari setengah off, dengan jumlah 66 jam seminggu. Tentulah, jumlah ini dihadapan doktor-doktor senior akan dibalas dengan elehh..kami dulu lagi lama, 36 hours straight non stop.. dapat kerja 66 jam seminggu je pun tak reti nak bersyukur. Banding-membandingkan zaman dulu dan sekarang, merupakan budaya yang masih rampant. Saya tidak nampak di mana motivasinya kepada HO apabila diulangsebut sebegitu. Tambah sakit hati ada lah. Tapi itulah, kerja sebagai doktor secara umum, menuntut pengorbanan (demand) yang tak pernah henti. Kalau anda fikir kerja sebagai HO itu sudah stressfull, nanti jadi MO akan lagi bertambah stress. Kemudian jadi specialist, akan bertambah stress lagi. Kalau time HO, oncall seorang HO jaga satu wad. Sekarang ni mungkin 2,3 HO satu wad. Bila jadi MO, oncall jaga satu hospital terus. Jadi specialist, pun stress jugak. Kalau MO at least oncall rotate2 dengan MO lain. Specialist, ada yang sorang specialist oncall 15 hari sebulan, sebab tak cukup specialist. Sebab itu saya sendiri, as of now, tak berminat nak jadi MO setelah habis HOship nanti. But thats another story in another post. *** Ikut Azlin lah, kalau nak kerja, abg bagi sokongan. Kalau taknak kerja, abg bagi sokongan juga. jawab saya ringkas. Saya pada asasnya, cenderung untuk bersetuju dengan fitrah bahawasanya wanita itu, tempatnya di rumah. Wanita memainkan peranan penting pada institusi keluarga. Sudah tentu saya lebih mahukan full-time mother kepada anak-anak saya. Hukum asal dalam Islam pun, pada kefahaman saya, keizinan untuk membenarkan isteri bekerja adalah tertakluk kepada keperluan. Contohnya suami yang gaji tidak mencukupi menyara keluarga, maka diizinkan isteri untuk keluar bekerja. Adapun untuk keluarga kami, saya berpandangan gaji saya mencukupi sahaja untuk menyara keluarga, at least kami berdua buat masa ini. Pun begitu, saya juga tidak ada sebab mahu menghalang isteri bekerja. Tambah-tambah kalau ianya sesuatu yang diminati. Orang kata, rugi lah study lama-lama enam tahun tapi tak kerja. Saya kata, buat apa terus bekerja kalau tidak ada kepuasan mahupun minat untuk bekerja. Saya faham tuntutan fardhu kifayah. Menjadi doktor itu sendiri sudah fardhu kifayah, inikan pula doktor muslimah, sudah tentu lebih-lebih lagi. Namun didalam keadaan zaman sekarang yang semua orang nak demand - masyarakat demand itu ini, suasana bekerja demand itu ini. Merelakan isteri saya pergi memenuhi demand-demand ini, inshaAllah ada ganjaran yang besar disisi Allah. But who to judge, if my wife found that uninteresting, too much, and decided to stay at home raising our children. Kalau beliau berpandangan dengan bekerja sebagai doktor tidak memberikan kepuasan malah menyebabkan keadaan rumahtangga terabai, saya pasti tidak ada dosa pada keputusan demikian. Apa pun keputusan dia, saya tetap suami yang redha dengannya. Biarpun sekiranya pada waktu beliau menjadi HO kelak (jika dia mahu), saya yang akan mengambil tempat beliau sebagai pengurus rumahtangga, makan minum berak pakai anak2. Tawaran (offer) dan permintaan (demand) kena lah seimbang. As of now, tawaran untuk menjadi seorang doktor, semakin hambar. Kalau dulu ketika saya apply untuk jadi doktor, saya dijanjikan dengan peluang diambil bekerja 100%, gaji permulaan yang tinggi, serta seribu satu macam lagi sebab untuk menjadi doktor. Tapi kini dah tak macam dulu. Kita diberitahu kononnya doktor-doktor dah melambak. Graduan perubatan bermula tahun 2015 mungkin akan masuk waiting list untuk dipanggil bekerja (ini insider info untuk adik-adik yang tengah study medic). Atas sebab lambakan doktor inilah, attitude pihak atasan terhadap HO atau fresh graduate dah berubah. HO sekarang, expendables. Seorang quit, 10 new HO masuk. Tak kisahpun quit sebab stress ke ape. You tak suka stress sebagai HO, you quit lah. Country did not lose anything, you are replacable by lots of others that are soon graduating. So they dont think of any need to create a good workplace, a conducive environment. HO boleh dan layak diperah sampai the very last drop of juice, atas reason nak develop competency. You tak suka, you boleh berhenti. Tak salah pun nak develop competency. Memang HO sekarang ramai yang tidak competent, saya sendiri pun takdelah confident sangat dengan diri sendiri. But as i said, offer and demand, sepatutnya seimbang. Up until now, you must this, you must that, but whats in it for us? Hmm... I love medicine, as much as i love to learn. The knowledge, the beautifulness of medicine, that never cease to amaze me. I love treating people, sampai diorang sembuh. Melihat wajah pesakit semakin sihat, ibu gembira melihat anak yang baru dilahirkan selamat. But somehow, im not having fun or enjoy it, its not fulfilling. @_@ By saudara syamirullah
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 13:36:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015