Kata shahidan kassim "Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat - TopicsExpress



          

Kata shahidan kassim "Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya." Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan. "Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan. Kata tengku adnan tengku mansor "Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini. Tambahnya lagi, Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain. "Kita tak perlukan dakwat kekal pun. Untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga, kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti. Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya. Adakah anda boleh terima kenyataan-kenyataan seperti ini?????? Setelah RM7.1 juta dibelanjakan utk dakwat kekal
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 03:14:45 +0000

Trending Topics




© 2015