Kau tulis apa tu? Aku duduk bersimpuh sopan lelaki melayu - TopicsExpress



          

Kau tulis apa tu? Aku duduk bersimpuh sopan lelaki melayu terakhir di sebelah kawanku. Aku tulis surat pada seorang adik lelaki ni. Dia di MRSM. Dia minta nasihat. Kawanku jawab sambil gosok-gosok hidungnya yang resdung mungkin. Geli betul tulis surat pada lelaki. Ni zaman 90-an ke apa tulis-tulis surat ni. Aku gosok-gosok hidung juga tiru gaya kawan. Posmen masih setia menghantar surat wahai sahabatku yang baik. Kawanku balas pendek. Aku terdiam. Cepat-cepat cover, Kau tulis pasal apa? Kawan jawab, Aku tulis tentang senarai kesilapan yang kita rasa ianya sesuatu yang tidak silap di laman sosial. Wosh! Terangkan. Terangkan! Baiklah. Dengar baik-baik. Ni antaranya sahaja. 1. Kita jatuh cinta pada gambar yang cantik dan kacak. Ramai dah tahu gambar tu palsu hasil dari editan aplikasi fon dan komputer, tetapi masih lagi terpikat pada gambar. Gambar crop lebih cantik dari gambar penuh. Bila lihat tuan punya gambar di realiti, kita kecewa. Kerana kita harapkan ianya sama seperti dalam gambar. Bukankan kita telah buat silap besar? Rupanya kita bukan pencinta iman, tetapi pencinta rupa semata-mata. 2. Jatuh cinta pada pakaian. Misalnya, trend lelaki jatuh cinta pada perempuan berpurdah. Sebenarnya, mereka hanya cinta kepada pakaian purdah itu sahaja. Bila pakai, nampak menawan. Bukan kepada tuan yang memakainya. Mereka tertipu kerana mereka meletakkan ekspektasi tinggi pada pakaian. Mesti yang pakai purdah ni solehah, mesti yang tudung labuh ni bagus. Silap mereka adalah pilih pakaian. Mereka juga silap kerana tidak mendahulukan pembaikian iman diri sendiri, tetapi sibuk melilaukan mata mencari gadis berpakaian sedemikian. Itu bukan lagi ikut iman. Tapi nafsu. Padahal tugas lelaki adalah menundukkan pandangan. Barulah seri dengan wanita yang tugasnya menutup aurat. 3. Target untuk menjadi imam yang soleh. Nak jadi makmum yang solehah. Nak jadi suami yang baik. Nak jadi isteri yang terbaik. Target yang baik. Tetapi target ini samar. Kenapa samar? Sebab ramai mulakan perubahan kerana target, lelaki baik dapat perempuan baik dan sebaliknya. Nampak tak? Nak pasangan baik semata-mata. Nak jadi baik kerana nak dapat pasangan baik. Bukannya berubah tulus kerana Allah. Sepatutnya target ikhlas kerana Allah itu nombor wahid. Kawanku berhenti berkata-kata tiba-tiba. Itu saja? Aku mencelah. Jika aku nak cari silap orang, pasti akan jumpa silap. Better aku padam nota ini dan cari silap sendiri. Dia pula termenung. Eh, kenapa ni? Aku tanya. Dia pun jawab balik, Bila sebut hal cinta, jodoh, pengantin ni, aku teringatkan satu hadis Nabi s.a.w. yang mana isnadnya sahih. Setelah meninggal dunia, malaikat Munkar dan Nakir akan datang dan soal. Setelah seseorang itu berjaya jawab, malaikat-malaikat itu akan kata, Tidurlah kamu sebagaimana tidurnya pengantin.. Maka si mati akan tidur hingga hari kiamat dengan rasa bahagia dan nikmat. Manakala yang tak berjaya jawab, maka kuburan disempitkan hingga dikatakan bercantum tulang rusuk kanan dengan kiri. Terkepit dalam kubur hinggalah hari kiamat. Allah. Persiapkanlah diri untuk jadi pengantin di alam kubur. Berbanding keterujaan untuk bergelar pengantin di alam dunia. Aku tak siap apa-apa lagi ni. Aku menggosok hidungku laju-laju sampai merah. Tercabut jerawat akhirnya..
Posted on: Tue, 04 Mar 2014 01:01:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015