Kawan-kawan pembaca Face Book sekelian. Mungkin kali ini King Sky - TopicsExpress



          

Kawan-kawan pembaca Face Book sekelian. Mungkin kali ini King Sky ingin membicarakan tentang UFO (Unidentified Flying Object). King Sky percaya mungkin ramai di antara kita yang kurang kenal apa itu UFO? Walaupun begitu, secara singkatannya UFO ini bererti objek yang berterbangan di udara atau di angkasa raya yang tidak tahu dari mana asalnya. King Sky pecaya UFO ini wujud. Sebab sewaktu kecil lagi iaitu lebih kurang umur King Sky 5 tahun, King Sky telah melihat satu objek di angkasa dan objek itu sewaktu kecil itu King Sky tidak kenal , tetapi setelah King Sky dewasa dan King sky membuka buku dan majalah di dalam perpustakaan barulah King Sky dapat tahu bahawa objek yang king Sky perhatikan sewaktu king Sky kecil itu adalah objek UFO yang sekarang ini menjadi satu topik hangat untuk diperkatakan sehingga ada yang mengatakan UFO tidak wujud sama sekali. King Sky yakin di luar angkasa raya sana iaitu di tempat yang terlalu jauh di dalam ribuan bahkan jutaan tatasuria yang berada di Galaksi Milky ways mengandungi satu rahsia besar yang masih belum terungkai atau terbongkar. King Sky percaya di dalam jutaan bintang di dalam Galaksi Milky Ways mengandungi planet-planet lain yang berjumlah berjutaan banyaknya yang mempunyai sama udara kasa dan sama mengandungi kehidupan sebagaimana di muka bumi ini.Mereka jumlanya adalah berjuta-juta jenis dari bangsa kehidupan mereka. Keseluruhan mereka adalah dari makhluk Reptilia, makhluk burung dan makhluk Amphibia bukan jenis mamalia. Mereka kebanyakkannya tidak boleh bertutur kata seperti manusia, tetapi mereka mempunyai kelebihan dari segi Teknologi dan kepintaran sebagaimana manusia punyai. Tetapi rupa bentuk mereka kuarag indah sebagaimana indah wajah manusia di muka bumi ini. King Sky percaya mereka di sana hidup dengan bersumberkan kehidupan yang amat berbeza sekali dengan kehidupan manausia di muka bumi ini. Jisim di bumi mereka adalah amat berbeza dengan jisim yang berada di muka bumi ini .Ertinya mereka mempunyai tarikan gravity yang cukup berbeza dengan tarikan gravity sebagaimana di muka bumi ini. Oleh itu King Sky mencadangkan kepada seluruh para ilmuan dan para Saintis Negara dan Dunia amnya, buatlah kajian secara menyeluruh untuk mendekati kehidupan di angkasa sana yang jumlah mereka adalah ramai dan mereka lebih maju lagi dibandingkan denganSkemajuan sains dan Teknologi di muka bumi ini. Oleh itu kemajuan pesat Sains Angkasa perlu berani untuk meneroka jauh di sudut Angkasa dunia agar kita dapat menufaatkan kehidupan Makhluk asingt ersebut kepada manusia sejagat amnya iaitu untuk mendapatkan bahan baru untuk dijadikan sumber kuat untuk membina kekuatan kapal-kapal Angkasa yang berkuasa tinggi untuk menjejaki langit sehingga lapisan langit yang ke tujuh.
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 18:05:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015