Kawan-kawan pembaca face book sekelian. Ramai di antara kita - TopicsExpress



          

Kawan-kawan pembaca face book sekelian. Ramai di antara kita sering makan dengan cara dan tabiat kita sendiri. Maksud King Sky sekiranya makanan itu sedap biasanya kita akan makan secara yang banyak dan berlebih-lebihan. Sebenarnya perkara itu banyak mengundang kepada perkara yang kurang sihat dari segi kesihatan. King Sky percaya ramai di kalangan penduduk Malaysia secara amnya gemar makan yang berdaging seperti daging kambing , daging lembu atau daging Ayam. Banyak restoran menyediakan berbagai makan segera yang berasaskan daging boleh di dapati dengan mudah dan harganya pun sederhana dan boleh dibeli dengan mudah pula. King Sky menasihatkan kepada yang suka makan daging sekiranya kita membeli daging ayam, asingkanlah kulitnya sebab di situ tersimpan banyak lemak dari isi kulit ayam tersebut. Atau makanlah daging ayam yang telah dimasak secara panggang, sebab banyak minyak akan jatuh dan terasing dari daging ayam tersebut dan mengurangkan sejumlah besar minyak atau lemak tepu dari dalam daging tersebut. Begitu juga jika ingin memakan daging Lembu atau daging kambing,biasakan ambil daging yang telah disalai atau daging kambing yang dipanggang kering, kerana lemak dari jsejumlah besarnya telah terasing dari dalam daging tersebut sekiranya daging itu telah dibakar atau dipangang dengan secukupnya. Lemak tepu atau kandungan lemak yang tinggi juga boeh membahayakan kesihatan badan. Biasannya seorang akan terasa pening kepala dengan mudah apabila paras minyak atau cholesterol dalam badan meningkat. Di dalam darah biasanya akan terkumpul sejumlah besar Cholesterol yang tinggi sekirannya makan banyak daging yang mengandungi lemak atau yang mengandungi kulit di bahagian luar dari daging ayam tersebut. Kecuali daging ayam itu telah digoreng dengan cara gorengan bertekanan tinggi seperti di Kentucky Fried Chicken dan sebagainya. Jika Cholesteriol darah terlalu tinggi dan mencecah lebih dari 6.0 mmol/L biasanya paras Cholesterol yang tidak baik iaitu (LDL) memberikan bacaan yang tinggi juga, ini boleh membahayakan jantung di dalam badan dan boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah dari longgokan cholesterol tepu ini dan keadaan ini boleh mengakibatkan penyakit jantung. Oleh itu King Sky menasihatkan, supaya makanlah seluruh makanan yang berdaging dan berminyak dengan kadar yang sederhana dan tidak terlalu banyak, jagalah kesihatan dengan baik supaya minda lebih segar dan sentiasa sihat untuk terus cergas dalam memajukan Negara yang tercinta ini.
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 15:28:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015