Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas - TopicsExpress



          

Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Kerja pemantauwan pegerakan bangunan Highland Tower bagi Block A & B.Bacaan pegerakan di ambil setiap 15 minit dan dijalankan 24 jam 8888888888888888888888888 PUNCA TRAGEDI Berihat selepas menjalankan kerja2 cerapan. Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya. hampir sebulan selepas kejadian MANGSA TRAGEDI Pasukan Penyelamat sedang mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan. Runtuhan bangunan Highland Tower • Anak lelaki tunggal bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar terbunuh. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru pada 21 Disember 1993. Mangsa tragedi sedang di beri pertolongan olih pegawai penyelamat • Yap Kien Seng (18) . Dr Mohd Shah Mahmud yang melakukan bedah siasat menyatakan punca kematian adalah traumatic asphyxia akibat tertimbus di bawah bangunan yang runtuh. • Wanita Korea, Jung Soon Bahk, 45, selain Daryl Koh Wai Kin, 3, Yap Hsiao Mei, 18 dan ibu Yap, Wong Mee Thai, 35, serta Douglas Ong Tee Ming, 17 . Ahli patologi juga pakar runding di Bahagian Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Shah Mahmud mengesahkan kematian kematian mengejut sebagai punca. SIJIL PENGHARGAAN Baru baru ini saya didatangi seorang wartawan dari Karangkraf Sdn Bhd.Cik Siti Mariam Elias dan bertanyakan beberapa perkara berkaitan tragedi Highland Tower tumbang,di sini sorotan dari temuramah tersebut yang telah disiarkan di dalam majalah MIDI keluaran Febuary 2011 Cover Majalah MIDI Keluaran Febuary 2011 terbitan Karangkraf Sdn Bhd. Di sebalik peristiwa tragedi Highland Tower tumbang. Di sebalik peristewa tragedi Highland Tower tumbang. Di sebalik peristewa tragedi Highland Tower tumbang. KISAH2 SERAM DARI HIGHLAND TOWER KISAH 1. Hal ni dah banyak tahun dah berlaku.time malam tu kitaorang pergi melawat highland Tower, konon nk tgok misteri tempat tu la.time tu malam jumaat.kitaorang pergi satu kereta, aku duduk depan, driver tu kawan aku.belakang cousin aku dgn member aku dua org.sampai tu keadaan ok ja. kitaorg berpecah jalan2.area tu, snap gamabr lagi.20minit tu kitaorg nak balik dah. jumpa kat kereta, so semua setuju.yg kawan aku sorang nama Afiq. dari dalam kereta senyap ja.sampai highland tower pun still senyap ja, dah nk balik pun senyap lagi.so kitaorg x kisah la. dah kitaorg turun, kitaorg pergi lepak kat satu kedai mamak ni. dah mamak ambik order member akusi Afiqyg senyap ni x order apa2. pelik sungguh perasaan kami semua.selalunya dia fevret la nasi mamak ni.sebelum air yg kitaorg order sampai. phone cousin aku berbunyi.yg call tu member kitaorg Afiq yg senyap tu.then cousin aku tanya Afiq ni, “knapa ko call aku ni?”afiq ni tgok cousin aku pastu pandang bawah.cousin aku pon jawab la call tu.alagkah terkejutnya cousin aku apabila afiq ni cakap.”korang kat ne? knapa korang balik tinggalkan aku?” siap maki2 lagi.cousin aku cakap, kat kitaorg ” geng, Afiq kat highland tower lagi la.” yg sebelah kau ni bukan Afiq.x sempat order kitaorg sampai, kitaorg chow, si Afiq hantu ni pun follow naik kereta sampai highland tower.bayangkan time dalam kereta siap bau wangi2 lagi,bau kemenyan lagi, dalam hati jgn cakap la, doa macam2 baca, berbuih mulut2 sampai highland tower, si afiq hantu turun kereta dah jalan 5-6 langkah mcm tu, terus ghaib. then the real Afiq sampai, cousin aku tarik tangan Afiq ni masuk kereta turun terus pergi kedai mamak tadi.sampai kedai mamak td, baru real Afiq tahu kisah sebenar. pergh. itulah pengalaman pertama dan terakhir aku ke highland tower: dipetik dari mforum KRONOLOGI Sebelum 1964 =Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium. 1964 =Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian. =Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut. 1974 =Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd. 1978 =Blok 1 Kondominium telah disiapkan, dan diberi Certificate of Fitness (CF) olleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni. 1981 = Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni 1986 =Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG. =Ia telah mula diduduki penghuni. 1 Julai 1992 =Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut. 1993 =MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium. November 1993 =Keretakan serius atas jalanraya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni. 11 Disember 1993 =Pada pukul 1.35 tengahari Blok 1 kondominium tumbang.¨ Seorang mayat ditemui dan 3 orang mangsa berjaya diselamatkan 21 Disember 1993 =Sehingga tarikh ini 48 mayat telah ditemui. 1994 =Laporan lengkap berhubung dengan punca-punca tragedi telah diterbitkan. Punca Kejadian Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa punca-punca tragedi adalah seperti berikut: 1. Pembinaan bangunan di pinggir kawasan tanah tinggi sememangya tidak sesuai khususnya di kawasan iklim Khatulistiwa dan Tropika yang mempunyai jumlah hujan yang tinggi. 2. Pembinaan kondominium di lereng bukit juga adalah bercanggah dengan Akta Pemuliharaan Tanah 1960. Akta itu melarang pembangunan dilakukan di lereng bukit dengan kecerunan lebih daripada 18° kerana sebab-sebab yang berkaitan dengan alam sekitar. 3. Ketidakselarasan akta di antara Akta Pemuliharaan Tanah dengan Akta Mutu Alam Sekitar 1974. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penyiasatan Teknikal punca utama berlakunya kejadian ini adalah kejadian gelinciran tanah yang berlaku secara berlebih-lebihan terhadap cerun bukit di bahagian belakang bangunan kondominium tersebut. Namun, di sana terdapat punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya gelinciran yang membawa kepada tumbangnya bangunan Highland Towers, iaitu : 1. Banyak air telah meresap masuk ke bahagian bukit sehingga menyebabkan banjir lumpur sejak pembangunan dilaksanakan di Bukit Antarabangsa yang terletak di sebelah bukit berhampiran dengan kondominium tersebut. Ini ekoran daripada pembersihan (penggondolan) tumbuh-tumbuhan di kawasan yang dibangunkan yang terletak 150 meter di atas kondominium Highland Towers. Ia dibangunkan oleh Malaysia Borneo Finance (MBF) dan Arab-Malaysian Finance Bhd. (AMFB). Kejadian banjir lumpur ini telah menyebabkan jalan raya sekitar komdominium tersebut retak. 2. Aliran air permukaan yang berlaku secara berlebihan ini telah menyebabkan kejadian hakisan tanah di permukaan cerun bukit tersebut. Fenomena ini mengakibatkan struktur tanah permukaan cerun menjadi tidak kukuh sehingga berlakunya gelinciran tanah atau tanah runtuh. 3. Runtuhan tembok di bahagian depan dan belakang bangunan tersebut menyebabkan gelinciran berlaku dengan lebih mudah kerana tiada sokongan dan halangan daripada tembok berkenaan. Gelinciran yang berlaku seterusnya mengakibatkan sokongan bahagian hadapan bangunan menjadi semakin rapuh sedangkan bebanan di bahagian belakang bangunan semakin bertambah dan menyebabkan keadaann yang tidak stabil bahagian tapak kondiominium. Ia seterusnya mewujudkan tekanan yang amat tinggi terhadap cerucuk bangunan khususnya cerucuk di bahagian hadapan. Apabila cerucuk ini patah, bangunan kondomunium mula berayun disebabkan pusat graviti bangunan mula berubah lalu ia beransur-ansur tumbang menyungkur bumi.
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 08:34:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015