Kekacauan bersepah merata. Lari ke penghujung dunia bagaikan - TopicsExpress



          

Kekacauan bersepah merata. Lari ke penghujung dunia bagaikan berpusing-pusing dalam bulatan. Jalan keluar hanyalah impian yang tinggal semata-mata harapan. Mahu berpasrah banyak pula sengketa yang mendatang. Taip-menaip di atas komputer meluahkan resah di hati agar suaranya terterobos ke saentero penjuru menjadi peluru yang meracuni bumi ini. Oh! Ke mana lagi untuk ditujukan? Bahkan seluruh derita ini menjadi permainan bagi kelahiran seorang anak. Sengsara apakah yang tiada memberi belas kasihan ini? Tiada yang dapat ditenangkan melainkan ketakutan yang menjadi selimut malam. Terik mentari membakar cebisan-cebisan saat gembira. Dan apalah mahunya yang menjadi serba tidak kena? - kata aku pada diriku. :::Harapnya dapat tenggelam dalam fantasi untuk selamanya, namun pintasan realiti sentiasa memotong pertalian untuk sampai ke sana. Hendak buat bagaimana lagi? Sebab itulah sang bayi menangis demi menempuh cabaran kebenaran yang pahit:::
Posted on: Wed, 06 Nov 2013 16:55:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015