Kekuatan lelaki pada tenaga fizikalnya; kekuatan perempuan pada - TopicsExpress



          

Kekuatan lelaki pada tenaga fizikalnya; kekuatan perempuan pada mulutnya. Jangan guna kekuatan masing-masing untuk buat jahat pada pasangan, tapi gunakan untuk kebaikan. Suami gunalah kekuatan, iaitu tenaga fizikal, untuk melindungi isteri dari bahaya, dari orang jahat, untuk lawan perompak, lawan penyamun, dan sebagainya; tapi bukan guna kekuatan untuk belasah isteri walaupun isteri buat silap sekalipun, kerana isteri perlu ditegur dengan kasih sayang bukan dengan aksi macam Jet Li. Dulu masa nak meminang pandai buat baik tapi bila dah dapat dia pergi sepak terajang isteri dia. Jangan jadi lelaki yang jahat perangai macam beruk! Isteri gunalah kekuatan, iaitu mulut laser super power, untuk menggoda hati suami; tapi bukan guna untuk membakar hati suami. Suami pula, bila kena bakar, bagilah nasihat pada isteri, bukan terus bagi dia penampar, sebab kebanyakan perempuan ni memang default setting dari kilang macam tu. Jadi suami kena sabar dan jangan cepat putus asa. ( Ustaz Azhar Idrus )
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 06:54:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015