Kelantan dedah pegawai ilmu tasawur Islam Aslani M, 04 Sep - TopicsExpress



          

Kelantan dedah pegawai ilmu tasawur Islam Aslani M, 04 Sep 2013 KOTA BHARU: Pegawai-pegawai tadbir negeri (PTN) Kelantan akan didedahkan ilmu berkaitan tasawur Islam bagi melengkapkan visi kerajaan negeri Membangun Bersama Islam. Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Dr Che Samsudin Mohamed Noor berkata, pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) kini sedang menyiapkan modul berkenaan. Katanya, pegawai tadbir negeri akan mengikuti kelas tasawur Islam selama dua bulan setiap hujung minggu dengan dikendalikan pensyarah Kias. “Sekurang-kurangnya 50 pegawai tadbir terbabit bagi sesi pertama kursus tersebut. Dan apabila tamat kursus mereka akan menerima sijil dalam bidang berkenaan dikeluarkan Kias. “Pegawai lepasan kursus berkenaan juga boleh mengikuti kursus lanjutan sehingga ke peringkat Diploma sekiranya mereka berminat,” katanya di sini. IPTG merupakan institusi baru diwujudkan kerajaan negeri bagi memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu dilantik sebagai Penasihat (Murabbi Ummah) IPTG, manakala Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob sebagai pengerusi. IPTG dicetus Ustaz Ahmad selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri setelah Tok Guru Nik Abdul Aziz berundur sebagai ketua kerajaan. Hari ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut meluangkan masa meninjau dari dekat IPTG yang terletak di tingkat bawah bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim. Dr Che Samsudin berkata, pelancaran kursus tasawur Islam berkenaan dijangka diadakan pada 24 Oktober hadapan akan disempurnakan Menteri Besar. Menurutnya juga IPTG akan mengadakan forum khas bertajuk “Pentadbiran Kelantan Pasca Tok Guru” dalam masa terdekat dengan mengundangkan pensyarah daripada universiti tempatan. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21795-kelantan-dedah-pegawai-ilmu-tasawur-islam-
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 18:12:30 +0000

Trending Topics




© 2015