Keluhan rumah mahal sekitar atau pinggir bandar-bandar besar - TopicsExpress



          

Keluhan rumah mahal sekitar atau pinggir bandar-bandar besar seperti KL, Putrajaya, Shah Alam dan lain-lain semakin kuat kedengaran terutama oleh golongan rendah bahkan oleh golongan pertengahan seperti saya sekeluarga ini. Sekurang-kurangnya golongan berpendapatan rendah mempunyai banyak saluran bantuan untuk mereka, tetapi bagaimana pula untuk golongan pertengahan terutama yang bukan berasal dari keluarga kaya dan kategori keluarga muda? Kebanyakan Melayu-Islam termasuk golongan professional muda kian sukar untuk mendapatkan rumah dengan harga yang benar-benar mereka mampu kecuali jauh dari kawasan bandar atau di kampung sahaja. Kerajaan patut peka realiti ini jika tidak POLARISASI KAUM akan jadi lebih parah di Malaysia ini apabila yang mampu hidup di bandar hanyalah golongan tertentu sahaja.
Posted on: Thu, 11 Jul 2013 10:18:52 +0000

© 2015