Kenapa Presiden FAM perlu letak jawatan? Untuk bermain di AFC - TopicsExpress



          

Kenapa Presiden FAM perlu letak jawatan? Untuk bermain di AFC Champions League (ACL), sesebuah negara itu dan liga profesional negara terbabit haruslah berada di kedudukan sekurang-kurangnya Gred C untuk mendapatkan play off kelayakan. Adalah fakta bahawa Liga M kita hanyalah sekadar Gred D hasil dari penilaian oleh jawatankuasa AFC Pro League pada tahun 2008/09. Jawatankuasa yang di ketuai oleh Saburo Kawabuchi (bapa Liga J ) telah mengadakan kajian penilaian keatas 21 buah negara Asia. Penilaian yang meliputi 10 kriteria. Apabila dilihat perincian hasil penilaian tersebut, didapati kelemahan ketara Liga profesional bolasepak Malaysia adalah dari sudut : Techical Standard = 19.4/100 Governence/Soundness = 12.5/50 Business Scale = 2.5/100 Techical Standard : - penilaian melalui prestasi pasukan yang bersaing di kejohanan antarabangsa. (minimum dalam jangkamasa 5 tahun sebelum) Governence/Soundness : - tiada campurtangan kerajaan - tiada pengaturan perlawanan - badan yang menganjurkan liga adalah sebuah entiti sah di bawah kawalan Persatuan Bolasepak negara - CEO sepenuh masa - wakil dari kelab, persatuan bolasepak negara dan pihak pengurusan liga mewakili jawatankuasa pembuat keputusan liga. - pihak yang menguruskan liga mempunyai struktur pengurusan yang mengawal/menguruskan pertandingan, pemasaran, media dan kewangan - penyata kira-kira yang di audit oleh pengaudit luar (tak tahulah bila FAM kali terakhir diaudit) Business scale : - pendapatan utama liga adalah dari : 1) hak penyiaran 2) penajaan 3) produk Kenapa Malaysia dinilai sedemikian rupa? Mengapa liga profesional kita yang hampir berumur 20 tahun masih terkebelakang? Dimanakah kedudukan liga kita selepas ini? Beribu pesoalan boleh dikeluarkan tapi persoalan yang rasionalnya adalah bilakah FAM hendak diberikan nafas baru?? PFSLJ!!!!
Posted on: Wed, 27 Nov 2013 16:22:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015