Kenyataan terkini Kedutaan Besar Malaysia Kaherah - TopicsExpress



          

Kenyataan terkini Kedutaan Besar Malaysia Kaherah :- Assalamualaikum wbt Tuan/puan, berikut adalah keputusan mesy core team sebentar tadi jam 11.00 pagi yg dihadiri oleh En Ramlee, En Zikril, Ust Imran, ASP Hashim, En Faizal, Ust Anwar, Ust Ibrahim, En Khairi dan Ust Muhaimin serta saya sendiri. 1. Secara amnya, keadaan beransur ansur tenang dan mula menunjukkan kesibukan seperti biasa. Namun, adalah dijangkakan akan berlaku beberapa siri tunjuk perasaan dlm beberapa hari akan dtg. Oleh itu, garis panduan keselamatan masih terpakai terutamanya mengelakkan kawasan panas. Semua adalah diminta utk berhati hati apabila keluar rumah dan sentiasa peka terhadap suasana sekeliling serta mengikuti perkembangan melalui media masa mesir. 2. Pergerakan di antara muhafazah seboleh-bolehnya dielakkan dalam beberapa hari akan datang termasuk juga aktiviti rehlah @ pelancongan. 3. Maklumat2 yg diterima dr media tidak rasmi perlu disemak kesahihan terlebih dahulu sebelum mempercayainya atau mengedarkan kepada orang lain bagi mengelakkan salah faham atau panik serta kelam kabut. 4. Bilik Gerakan KBMK akan beropersi sehingga jam 12 tgh pada 2 Julai 2013. Tempoh operasi Bilik Gerakan Negeri diserahkan kepada budi bicara Peg HEP Negeri manakala Bilik Gerakan Persatuan2 pelajar disarankan untuk ditutup dan segala perhubungan boleh dilakukan oleh pemimpin @ wakil pelajar dgn pihak kedutaan. 5. Tugasan Pegawai HEP Negeri di Cairo Airport boleh ditamatkan pada tengahmalam 1 Julai 2013 dan boleh diaktifkan semula sekiranya keadaan memerlukannya. Terima kasih tuan tuan. 6. Pihak EME akan memaklumkan pandangan ttg penghataran pelajar kursus bahasa ke Mesir dalam sedikit hari lagi setelah penilaian sebenar situasi semasa di Mesir dibuat. 7. Secara amnya keseluruhan perhimpunan dan demonstrasi berlaku secara aman walaupun terdpt sebanyak 16 org terbunuh dan 781 org cendera. Alhamdulillah tiada penglibatan rakyat Malaysia yang dilaporkan setakat ini. 8. Terima kasih kepada tuan/puan dan pelajar semua yang memberikan kerjasama dan sokongan yang padu. Semoga keadaan semakin pulih dan kita semua dilindungi Allah swt. Terima kasih. Shaiful Anuar Mohammad Ketua Canseri KBMK via Education Malaysia Egypt
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 12:43:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015