Kerajaan Kelantan akui bil air naik lebih 30 peratus KOTA BHARU 7 - TopicsExpress



          

Kerajaan Kelantan akui bil air naik lebih 30 peratus KOTA BHARU 7 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan mengakui telah melakukan pelarasan tarif air baru bermula 1 September lalu yang membabitkan kenaikan bermula dari dua peratus sehingga lebih 30 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, kenaikan tersebut bagaimanapun bukan bertujuan mengaut keuntungan sebaliknya bagi menampung kos operasi Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), terutama penggunaan elektrik sebanyak RM2.1 juta sebulan. Beliau berkata, kerajaan negeri tidak membuat pengumuman secara rasmi kerana mendakwa, kenaikan yang berlaku tidak menjejaskan kebanyakan pengguna domestik. Malah katanya, sebanyak 43.8 peratus daripada keseluruhan 181,024 pemegang akaun sebenarnya membayar lebih rendah daripada caj lama berikutan pengurangan kadar sewa meter. “Kali terakhir kita lakukan pelarasan tarif air adalah pada Januari 2001 dan kita sebenarnya memperoleh kebenaran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menggunakan tarif baru sejak 1 Oktober 2010 lagi. “Bagaimanapun kita menangguhkan pelaksanaannya sehinggalah sekarang memandangkan beban kos operasi yang ditanggung AKSB, lebih-lebih lagi kenaikan tarif elektrik sebanyak 45 peratus dengan tiga kali kenaikan sepanjang 2001 hingga 2012," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini. Beliau mengulas kritikan orang ramai yang mendakwa terdapat kenaikan mendadak kepada bil air yang dikeluarkan AKSB sejak Ogos lalu. Semalam akhbar ini melaporkan desakan daripada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan yang mahu kerajaan negeri bersikap profesional dan membuat pengumuman terbuka mengenai kenaikan harga air tanpa perlu takut. Untuk rekod, kadar sewa meter bagi kediaman persendirian ialah 80 sen manakala untuk premis perniagaan sebanyak RM1. Hanifa berkata, kerajaan beranggapan kenaikan yang berlaku adalah terlalu minimum dan lebih membabitkan pihak industri serta pengguna domestik yang berpendapatan tinggi. “Kita tidak isytihar kerana kenaikan terlampau minimum, mungkin sedikit memberi kesan kepada pihak industri dan pengguna domestik kaya yang menggunakan air dengan banyak. “Kita perlu mengawal kos operasi yang mengalami kenaikan bahan kimia, kos ‘overhead’ dan sebagainya, kenaikan ini adalah adil kepada kerajaan setelah beberapa tahun menangguhnya kerana tidak mahu membebankan pengguna," katanya
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 23:14:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015