Kerjasama kerajaan, swasta pacu ekonomi Kuala Lumpur: Perdana - TopicsExpress



          

Kerjasama kerajaan, swasta pacu ekonomi Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melihat pelaksanaan kerjasama antara kerajaan dan swasta adalah strategi terbaik dalam memajukan ekonomi negara dan memantapkan tarikan pelaburan bagi mencapai kemajuan Malaysia menjelang 2020. Pelaksanaan kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam pembangunan ekonomi juga dilihat sebagai satu faktor penting dalam mengukuhkan kewangan negara yang mana ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai negara maju. Menurut beliau, antara kerjasama kerajaan dan swasta yang dapat dilihat ialah kewujudan Westports Holdings Bhd (Westports) yang mana ia berperanan sebagai penggerak salah satu segmen penting industri negara iaitu pelabuhan. “Ini kerana sebagai pemain industri pelabuhan, Westport juga adalah salah satu entiti penting bagi menggerakkan ekonomi Pelabuhan Klang sebagai destinasi pelabuhan utama di Asia Tenggara. “Peranan kerajaan saja untuk memacu ekonomi negara tidak mencukupi tanpa ada sokongan daripada swasta yang mana ia dapat memastikan pertumbuhan positif Malaysia bagi jangka masa panjang,” katanya dalam ucapan majlis pelancaran prospektus Westports, di sini, semalam. Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Westports Tan Sri Datuk Gnanalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bhd Tengku Datuk Zafrul Aziz. Pada majlis itu, Westports melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangka disenaraikan di Bursa Saham Malaysia pada 18 Oktober ini.HM
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 02:08:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015