Kes penyakit kencing tikus naik 25 Ogos 2013 * KUALA SELANGOR - - TopicsExpress



          

Kes penyakit kencing tikus naik 25 Ogos 2013 * KUALA SELANGOR - Orang ramai terutamanya peniaga kedai makan diminta supaya menjaga kawasan persekitaran premis dengan baik bagi membendung ancaman kencing tikus yang dijangkiti kuman leptospirosis sekali gus mampu menyebabkan kematian mengejut. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Daroyah Alwi menjelaskan, kurangnya kesedaran terhadap penularan kuman leptospirosis menyebabkan peningkatan kes di negara ini. Menurutnya, peningkatan 2,268 kes dengan 55 kematian pada 2011 kepada 3,665 kes dengan 48 kematian pada 2012 lalu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan perlu dipandang serius kerana jika tiada pendekatan proaktif, ia akan memberi ancaman kepada semua. “Saya difahamkan, data terkini sehingga Jun lalu menunjukkan 1,768 kes dengan 18 kematian amat menggemparkan semua pihak sekali gus orang ramai perlu berwaspada dan sentiasa menjaga kawasan persekitaran rumah dengan baik setiap masa,” katanya ketika hadir merasmikan Kempen Kawalan Tikus dan Program Gotong-Royong Perdana Zon Bersih 2013 di hadapan Stesen Terminal Bas Bukit Melawati, semalam. Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Setiausaha MDKS, Azahari Sairin bersama lebih kurang 300 peserta yang terdiri penuntut Kolej Inpens Kuala Selangor, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Syabas, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Daroyah berkata, kempen seumpama ini dilihat dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya peniaga kedai makan supaya sentiasa membersihkan kawasan yang menjadi tempat pembiakan tikus seperti tong sampah, longkang dan lorong belakang kedai. “Kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjayakan program yang dianjurkan Kementerian Kesihatan yang dilaksanakan serentak di seluruh Selangor bagi membendung penularan ancaman penyakit yang boleh membawa kematian ini. “Ancaman penyakit yang perlu diberi perhatian penting kerana ia boleh menimpa sesiapa sahaja, di mana sahaja tanpa kita sedari memandangkan simptom jangkitan lewat dikesan,” katanya yang turut berharap penganjuran program mencapai matlamatnya. S.H
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 04:43:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015