Kes saman Papagomo, Anwar beri keterangan Januari depan Mahkamah - TopicsExpress



          

Kes saman Papagomo, Anwar beri keterangan Januari depan Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Januari tahun depan untuk mendengar keterangan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman terhadap penulis blog ‘Papa Gomo’ kerana didakwa menyiar perkataan fitnah dan mengaitkannya dalam video fitnah. Hakim Rosilah Yop menetapkan 28 Januari untuk pendengaran ketika pengurusan kes berkenaan hari ini. lapor Bernama. Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu. plaintif akan memanggil empat saksi manakala defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris dijangka memanggil dua saksi. 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog papagomo kerana menyiar empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas. Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar dan satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej itu. Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 20 Mei menafikan bahawa beliau pemilik blog ‘Papa Gomo’. Anwar dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Wan Muhammad Azri berkata, beliau boleh membuktikan bahawa defendan adalah pemilik blog ‘Papa Gomo’. Peguam Latheefa Koya seperti dilapor Keadilandaily pada 8 Mei berkata polis sendiri mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris sebenarnya adalah Papagomo, blogger pro-Umno. Sebelum ini Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli turut menyaman Papagomo berikutan posting fitnah diblognya berhubung peletakan jawatan di Petronas. Papagomo turut disaman sehingga RM10 juta kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Kelantan, Abdul Razak Mohd Noor di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu pada 9 Februari 2012.
Posted on: Fri, 07 Jun 2013 21:56:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015