Kesesakan di jalanraya di musim perayaan. Adakah faktor ini yang - TopicsExpress



          

Kesesakan di jalanraya di musim perayaan. Adakah faktor ini yang mendorong kerajaan untuk mengurangkan bilangan kenderaan dengan menghadkan pinjaman sewa beli kenderaan dari yang sebelum ini maksimum 9 tahun kepada 7 tahun. Adakah kerajaan sedar apabila dengan menghadkan pinjaman sewa beli kepada 7 tahun menyebabkan bayaran bulanan tinggi di tambah pula dengan interest bank Kerajaan juga ingin mengurangkan rakyat berhutang kerana ramai golongan muda yang muflis. Tapi jika kerajaan pandai mengatur strategi dengan menguruskan perbelanjaan negara secara sama rata bagi setiap negeri contohnya pembangunan infrastruktur yang baik seperti jalanraya dan lebuhraya masalah kesesesakan jalanraya dapat di bendung. Sebenarnya banyak lagi strategi yang boleh di fikirkan oleh menteri2 bagi menangani kesesakan jalanraya di malaysia bukannya membantutkan industri automotif negara dan membebankan rakyat negara kita. Yang susah bertambah susah. Sekadar pendapat. Bukannya isu politik
Posted on: Sat, 10 Aug 2013 17:32:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015