Ketua Pembangkang S’gor terkedu, tanpa fakta Harakahdaily, 02 - TopicsExpress



          

Ketua Pembangkang S’gor terkedu, tanpa fakta Harakahdaily, 02 Jul 2013 KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias (kiri) terkedu apabila diminta menyatakan mana-mana fasal dalam Perlembagaan Negara atau undang-undang negara yang menghalang rakyat mengadakan protes terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu. Apabila ditanya Mohd Khairuddin Othman (PAS-Paya Jaras) yang juga seorang peguam, Shamsudin cuba berdalih. “Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh jelaskan fasal mana satu yang dilanggar?” soal Khairuddin yang diberi laluan untuk mencelah ketika Shamsudin membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam. “Ia hanya secara prinsip saya sahaja,” jawab Shamsudin ringkas dipetik Selangorku. Sebelum itu, beliau dilihat gagal mengemukakan fakta yang sahih dalam ucapannya. Shamsudin turut mengecam pemimpin politik yang terlibat dengan perhimpunan aman Black 505 yang diadakan seluruh negara bagi membantah penipuan dan penyelewengan PRU13 lalu. Baginya, kedua-dua tindakan tersebut sebagai tidak menghormati undang-undang negara. Shamsudin sekali lagi tidak terkata apa-apa apabila Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut meminta penjelasan sama ada hak rakyat untuk berhimpun secara aman itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20448-bantah-pru13-ketua-pembangkang-sgor-terkedu
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 19:41:10 +0000

Trending Topics



min-height:30px;"> PART OR FULL TIME WORK FOR YOU!! [347753] BUSINESS
Right. Tom Fairburn, Ste Horne, Ben Jammin Sweeney - I have made
*A smile can deceive nd mislead u* A gal once told me tht she
Orikkal oru achan thanda LKG il padikkuna makan oru letter

Recently Viewed Topics




© 2015