Ketuk Kepala Pengawal Keselamatan, Tak Perasan Lawan Menteri - TopicsExpress



          

Ketuk Kepala Pengawal Keselamatan, Tak Perasan Lawan Menteri Seorang lelaki yang dilihat cuba berlagak samseng melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam. Sebelum itu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah. Difahamkan, lelaki berkenaan yang tiba-tiba berang, bertindak keluar dari keretanya sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu. Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu. Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari ‘lawan’ lelaki itu seorang menteri. Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab. Dalam lawatan sama, seorang peniaga wanita, menyuarakan rasa tidak puas hati apabila petak perniagaan yang diperoleh hasil undian diubah ke lokasi tersorok dan memohon perhatian Tengku Adnan memindahkannya bersama tujuh peniaga lain ke lokasi lebih strategik. Sementara itu, Tengku Adnan berkata, perkara berkenaan akan diberi perhatian dan akan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti permintaan untuk memindahkan lapan tapak berkenaan ke lokasi berhampiran Semua House. Menurutnya, rungutan mengenai tindakan peniaga premis memonopoli ruang kaki lima dan permintaan untuk mengekalkan keluasan tapak juga diberikan perhatian. “Hari ini saya turun meninjau keadaan di sini, dan beberapa bazar Ramadan lain untuk mengetahui sekiranya ada sebarang masalah dihadapi peniaga. “Saya bersama DBKL akan bincangkan dengan pihak berkenaan pada Isnin depan dalam usaha menyelesaikannya masalah yang disuarakan” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan bersama pegawainya, di sekitar Bazar Ramadan Masjid India dan Pasar Malam Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR). Dalam pada itu, Tengku Adnan turut berpuas hati melihat aktiviti perniagaan yang keseluruhannya dijalankan warga tempatan. “Saya harap keadaan ini dapat dikekalkan dan tiada peniaga yang bertindak menjual tapak atau memberikan kepada warga asing,” katanya.
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 12:07:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015