Kisah buat pengajaran Jiran saya, Haji Omar pengidap kencing - TopicsExpress



          

Kisah buat pengajaran Jiran saya, Haji Omar pengidap kencing manis, pesara kerajaan. Awal Mac lepas, selepas balik dari tugas di Sarawak, saya selalu jumpa beliau di surau, agak susut badan beliau. Dia menceritakan ada kawan cadangkan dia ke sebuah klinik di Mantin. Katanya di sana ada seorang bekas pembantu perubatan hospital berjaya bantu banyak pengidap kencing manis hanya dengan mencuci luka akibat kencing manis. Beliau pergilah buat rawatan di sana, diberus tanpa bius, beliau menahan kesakitan. Sekali rawatan dengan ubat, belanja RM150-200. Selepas 3 kali rawatan, hasilnya beliau dimasukkan ke hospital swasta..potong ibujari kelingking kaki kiri beliau Sejak bila pembantu perubatan yang hanya memerlukan SPM untuk masuk kolej perubatan kerajaan pandai tentang kencing manis daripada doktor Awal mei 2013, saya menemui beliau aekali lagi..kawal pengambilan gula..buat senaman berjalan kaki pagi dan petang keliling taman pun cukup lah Kebetulan masa ini isteri saya bercuti ke LA..jadi atas dasar jiran saya minta isteri bantu. insyaAllah lepas balik dari LA, jemput datang ke rumah untuk khidmat nasihat pemakanan. Saya pun cakaplah pada Haji Omar..sedih bila dia jawab..sabarlah..bukan dia nak mati lagi. Minggu lepas, awal oktober saya dapat khabar tapak kaki beliau bernanah, dimasukkan ke hospital salam 4 hari, dimasukkan darah 2 pint. Saya tetap bertanya pada isteri, tentang keadaan Haji Omar kenapa kena tambah darah. Keadaan Haji Omar tambah parah sebab sel darah merah tiada mendapat bekalan nutrient dari makanan yang beliau makan Kandungan gula dalam badan menghalang darah merah dari mendapat zat makanan dan minuman. Kononnya beliau cuma minum jus tembikai, untuk kesihatan. Saya dah mula jauh hati nak bantu jiran yang bodoh sombong. Minta bantuan isteri bukab ada caj pun, cuma datang ke rumah sebab prinsipnya pesakit yang datang minta bantuan. Isteri adalah Ketua Jabatan Dietetik & Sajian U52 Hospital Tuanku Jaafar Seremban Berkelulusan BSc Dietetics & Human Nutrition (Colorado State Univ, U.S.A) 1992 dan MSc Clinical Dietetics (Glasgow Caledonian Univ, Scotland) 2009 Ini bukan nak promo isteri atau promo OG..cuma nak usaha agar pankreas berfungsi semula..beliau yang ajar tentang tomato dan mauripan. Apapun senaman perlu, kalau perlu susu untuk support keperluan, ada dan boleh diberi percuma sebab syarikat farmasi ada sponsor susu tersebut. Nasihatilah kawan dan ahli keluarga..minta tolong dari yang berilmu..bukan kena bayar pun. Hasilnya sekarang, Haji Omar mungkin dipotong kaki kiri di paras lutut. Badan beliau masih penuh dengan gula..potong kaki kiri bukan akan sembuh kencing manis juga. Saya cuma akan dengar khabar tentang beliau dan berdoa agar beliau sedar.
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 07:20:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015