Kita punya perancangan, Merancang mahu ke depan, Namun aral di - TopicsExpress



          

Kita punya perancangan, Merancang mahu ke depan, Namun aral di tengah jalan, Membantut langkah menyekat kemaraan, Jangan,jangan ada kekesalan, Kerana setiap pengakhiran natijah sebuah permulaan, Mungkin kini sedang diuji tuhan,tanda kasih yang tiada sempadan. Kata pepatah hidup perlu sebuah pengorbanan, Kerana bukan semua berlaku mengikut kemahuan, Keperluan dan pilihan dari sebuah keputusan, Tetapi,hidup ini dipentaskan atas dialog sebuah takdir tuhan, Usah,usah bimbang dengan bahagian, Pasti ada di segenap ruang yang telah diputuskan, Meski hari ini kita melihat senja kemerahan, Jangan lupa pada fajar yang menyinsing setelah malam hilang kepekatan, Cari,carilah hikmah dari sebuah drama kehidupan, Kerana episod yang ada masih berpanjangan, Dan kita masih ada watak yang perlu dimainkan, Sehingga ke penghujung sebuah kehidupan. -dr. A.H
Posted on: Sat, 26 Oct 2013 05:16:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015