Kopi kurangkan risiko kanser hati AMALAN minum tiga cawan kopi - TopicsExpress



          

Kopi kurangkan risiko kanser hati AMALAN minum tiga cawan kopi setiap hari dipercayai dapat merendahkan risiko menghidap kanser hati sehingga 50 peratus. Sekumpulan penyelidik perubatan dari Itali turut mendapati bahawa minuman berkafein itu dapat menurunkan risiko sejenis kanser hati iaitu karsinoma hepatoselular (HCC) sehingga 40 peratus. Menurut ketua pengkaji, Dr. Carlo La Vecchia, minuman itu juga terbukti dapat menghindarkan pesakit daripada penyakit diabetes yang menjadi salah satu punca kanser hati. Keputusan penyelidikan ini membuktikan bahawa tabiat meminum kopi dapat memberi manfaat kepada tubuh. Bagaimanapun, sejauh mana amalan meminum kopi dalam mencegah penyakit tersebut masih belum dapat dipastikan, katanya dalam laporan Clinical Gastroenterology and Hepatology. Artikel Penuh: kosmo.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz2kJTnDZul Hakcipta terpelihara ://ht.ly/o7xIH
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 05:50:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015