Krisis di Timur Tengah sekarang ini memberikan gambaran bahawa - TopicsExpress



          

Krisis di Timur Tengah sekarang ini memberikan gambaran bahawa Pertubuhan Negara2 Islam (OIC),Liga Arab,Majlis Kerjasama Teluk Arab (Arab Gulf Council) tidak mempunyai sebarang fungsi dalam usaha ke arah penyelesaiannya. Ini adalah disebabkan kebanyakan pemimpin2 negara Arab khususnya Negara Arab Teluk sendiri mempunyai kepentingan dengan Pentadbiran Amerika Syarikat malah tidak keterlaluan jika dikatakan hubungan dengan Tel Aviv juga begitu intim. Hal sedemikian akan lebih buruk jika sekiranya pihak PBB yang secara zahir dilihat jagoan ala Robin Hood untuk membantu sedangkan realitinya mengamalkan dasar berat sebelah dalam pelaksanaan misi dan pelan damai...kerana baik PBB atau NATO...kesemua entiti ini bergerak atas restu Zionis masakan ianya memihak kepada Islam dan umatnya..sedang negara2 lain secara halusnya dipengaruhi oleh Syiah yang risikonya akan mengundang perpecahan dalam masyarakat dan negara2 Islam khasnya. Cc Dato Syed Sharifuddin
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 06:40:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015