LAKSAM Bahan-bahan: 200 gm tepung beras 40 gm tepung - TopicsExpress



          

LAKSAM Bahan-bahan: 200 gm tepung beras 40 gm tepung gandum ¾ sudu teh garam 600 ml air Bahan-bahan kuah: 2 liter santan 500 gm ikan kembung (rebus isinya dan kisar) 3 keping asam keping 6 ulas bawang merah 1 cm halia 2 sudu teh lada hitam Garam secukupnya Bahan-bahan sampingan: Kacang panjang (potong) Daun kesum (hiris halus) Bawang besar (hiris halus) Timun (hiris halus) Taugeh Daun kesum (hiris) Sambal secukupnya Car-cara memasaknya: Gaul tepung beras, tepung gandum, garam dan air sehingga sebati. Setelah sebati, kukus selama tiga minit. Selesai dikukus, gulung sehingga selesai, selepas itu ketepikan. Disisi lain, campurkan santan, isi ikan dan asam keping kacau rata, selepas itu biarkan di atas api sehingga mendidih. Bila mendidih, masukkan bawang merah, halia, lada hitam dan garam, kacau mesra, biarkan pekat, ketepikan. Disisi yang lain, potong laksam yang diketepikan tadi, setelah itu tuang kuah di atasnya, kemudian hias dengan bahan-bahan sampingan. Akhir sekali, dihidang untuk dinikmati. ***Quantiti bahan-bahan sampingan boleh ditambah mengikut anggaran sendiri dan jika suka bahan-bahan sayur dicelur terlebih dahulu
Posted on: Sat, 23 Nov 2013 13:42:29 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015