LEDAKKAN DOA BUAT SAUDARA SEIMAN KITA DI SETIAP PELUSUK DUNIA YANG - TopicsExpress



          

LEDAKKAN DOA BUAT SAUDARA SEIMAN KITA DI SETIAP PELUSUK DUNIA YANG DIZALIMI SECARA BERTERUSAN OLEH KUFFAR. Abah ana yang ketika ini berada di makkah telah mengirim mesej sebentar tadi: Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah yang menghubungkan Palestin dengan dunia luar telah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dari MAPIM memberitahu lebih 1000 buah kereta kebal Israel telah ditempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah antara agenda mereka untuk menggulingkan Dr Morsi. Perdana Menteri Palestin memberi amanat, "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini untuk mempertahankan tanah umat Islam, tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa adalah senjata paling hebat yang tidak ada pada orang kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kepada semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu dunia".Jika itupun tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan ALLAH kelak?". Sila sebarkan jika anda peduli.
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 06:55:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015