Lama tidak ada bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia. Bengkel yang - TopicsExpress



          

Lama tidak ada bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia. Bengkel yang diadakan bukan untuk mengambil keuntungan wang ringgit. Tidak ada penjualan buku dan yuran. Bengkel yang diadakan dengan cara peserta hari lepas menginfakkan kos untuk peserta hari ini. Dan peserta hari ini menginfakkan kos untuk peserta hari depan. Dan ia berterusan. Selama mana ilmu ini dimanafaatkan, semuanya pasti akan menerima ganjaran daripada Allah. Pernah peserta tanya saya, mengapa En Fuad tidak mahu adakan yuran bengkel? Jawapannya.... inshaAllah, gaji bulanan saya cukup untuk saya dan keluarga. Ada yang sanggup uruskan bengkel ini? Carikan tempat dan kita kongsi bersama. Selesaikan hal yang menjadi persoalan hidup hingga kita seringkali terhijab dengan masalah yang sebenarnya sekadar persepsi fikiran. Acapkali ia mengganggu kebahagiaan kita. Sedangkan bahagia itu mudah sahaja dan ia bukan sekadar kata-kata tetapi realiti yang praktikal. Jom!!!!
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 06:56:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015