Lantak awak semualah nak kata saya apa, tapi saya tetap cuma - TopicsExpress



          

Lantak awak semualah nak kata saya apa, tapi saya tetap cuma kasihankan Shumi. Saya tahu dia bukan buat filem sekadar main-main, penyelidikannya kalaupun bukan ilmiah tetapi tetap mandiri. Cuma kasihankan Shumi, cuma itu. Yang kutuk-kutuk tak hengat berkenaan props, latar dan sebagainya tu tu silalah buka buku filem dan kaji tentang anakronisme. Kalaupun Tanda Putera ada kelemahan sana-sini, terimalah ia tetap sebagai sebuah filem buatan Malaysia; yang bercerita tentang hakikat sejarah, kalaupun ia menyakitkan dan menyinggung, terimalah, kerana itulah sifat sejarah- sama ada memaniskan atau menyakitkan. Suka atau tak suka, setuju atau tak setuju di tangan kita, terpulanglah. Tapi pesanan ikhlas, tontonlah dengan mata kepala sendiri dahulu.
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 06:56:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015