[Lawsuit] Ada sahabat beragama Kristian di sini telah share dan - TopicsExpress



          

[Lawsuit] Ada sahabat beragama Kristian di sini telah share dan ingin mengetahui apakah tindakan undang-undang boleh diambil kerana status yang terdahulu. Kepada sahabat Kristian tersebut yang dikasihi, kami tidak berselindung di sebalik undang-undang negara untuk meluahkan perasaan ini. Kalau anda baca status terdahulu dengan telus, pasti anda akan nampak; "Kumpulan Missionari ini hanya berani di laman sosial tetapi menjadi pengecut untuk berjumpa" Kami hanya merujuk kepada sekumpulan missionari dan bukannya menghina agama Kristian kerana kami percaya missionari Kristian berdakwah dengan niat yang baik begitu juga dengan kami Muslim yang berdakwah kerana niat kami juga baik namun tidak sesekali kami menghina Jesus kerana bagi kami Jesus merupakan Nabi yang kami hormati dan sayangi. Biarlah berdakwah secara adab dan kalau berani nak berdakwah kenalah berani berjumpa untuk berbincang. Hidayah milik Allah (sebagaimana anda juga ingin gunakan nama Allah) jadi kita berbincang secara sihat dan ilmiah dan selainnya kita serahkan kepada-Nya. Kami mempunyai begitu banyak bukti hinaan-hinaan sebegini di dalam kumpulan tertutup & terbuka dan jemputan ditolak berulang kali walaupun missionari pengecut tersebut hanya tinggal di Lembah Klang. Kalaulah seorang missionari Melayu boleh datang ke KL dari Penang untuk bersemuka, kenapa dia mengelak? Jikalau mengikut undang-undang negara Malaysia, kami sebenarnya boleh membuat laporan polis tetapi kami bukan PERKASA atau yang sewaktu dengannya kerana kami ingin bersemuka dan berbincang secara ilmiah bukan setakat berani melontar fitnah dan hinaan di sebalik laman sosial. We love peace.... Kita berbincang ikut kitab dan bukan ikut emosi dan tafsiran sendiri. Tak perlu pentas debat terbuka cuma perbincangan tertutup yang santai demi mencari kebenaran dan menjauhi penghinaan. Apa yang berlaku di luar negara usah dijadikan contoh kerana rakyat Malaysia terkenal dengan sopan santun dengan adab ketimurannya. Harap Maklum....
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 07:21:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015