Lelaki bakar diri dekat bangunan Capitol WASHINGTON 5 Okt. - - TopicsExpress



          

Lelaki bakar diri dekat bangunan Capitol WASHINGTON 5 Okt. - Sehari selepas insiden seorang pemandu wanita ditembak mati kerana cuba merempuh bangunan Capitol di sini, seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas membakar dirinya di Kompleks Kebangsaan, semalam tidak jauh dari lokasi kejadian pertama. Laporan CNN yang memetik kenyataan saksi berkata, lelaki yang tidak dikenali itu membasahkan dirinya dengan gasolin sebelum membakar diri sendiri. Beberapa lelaki yang berada di tempat kejadian cuba membantu memadamkan api yang membakar mangsa menggunakan baju masing-masing . Jurucakap Jabatan Bomba, Timothy J. Wilson berkata, lelaki terbabit mengalami kecederaan yang serius. Wilson berkata, mangsa dibawa ke hospital menggunakan helikopter dan motif mangsa berbuat demikian masih lagi disiasat. Polis turut menutup jalan di sekitar Kompleks Kebangsaan yang merupakan kawasan terbuka dikelilingi beberapa buah muzium dan monumen. Kelmarin, seorang wanita berusia 34 tahun, Miriam Carey dikejar polis sebelum mati ditembak apabila cuba merempuh masuk ke bangunan Capitol. Carey dipercayai mengalami tekanan jiwa selepas melahirkan anak pada Ogos lalu, namun laporan terbaharu mendapati, wanita tersebut pernah berkhayal seolah-olah bercakap dengan Presiden Barack Obama. -
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 12:52:37 +0000

Trending Topics



�� John
David Lee Roth inducted into The Indiana Rock and Roll Hall of
Bismillah. Mengapa KJRI menerbitkan SPLP? Saya akan jawab dan
Some quick maths formulas which we should know:- Formulas 1. Sum

Recently Viewed Topics




© 2015