Liberalism - Re-emergence of Neo-Jahiliyyah. To the - TopicsExpress



          

Liberalism - Re-emergence of Neo-Jahiliyyah. To the uninitiated, Jahiliyyah is commonly (but fallaciously) held to represent the uncivilised age before/during the prophethood of Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him). Where worship of multiple gods, a debauched society, a vicious cycle of human slavery and social injustice and degradation of women were the hallmarks of the ignorant and misguided way of living. The above is the Jahiliyyah of the 7th Century. But the truth of the matter is that Jahiliyyah was not exclusive to that era. It is still alive and thriving well in the 20th Century. However it has evolved into a different yet subtle form - that of systems, values and ideologies. And mankind was never a stranger to these forms of Neo-Jahiliyyah. The physical form was only a temporary host for sinister agenda which originated from the defiance of Satan and ultimately its eviction and expulsion from the pleasure of the Creator. And it has its partner too - human desires, as it is commonly understood. The Jahiliyyah of the 20th Century is represented by many ideologies, systems and values which aimed to enslave humankind into a servitude to other than the Creator of mankind. The accomplice to this treacherous scheme is the Self (Nafs), when freed from the natural mode of submission to the path of God, inevitably will shakle the mind and physical body of man to the realm of rejecting anything which originates from the Creator or sanctioned by the same Supreme Being. Thus we observe the repeated attempts (and failures) of mankind to provide his other fellow human beings with a man-made and desire-inspired way of life, morality, economics, social interaction and “spirituality”. On the pretext of attaining prosperity, completeness, happiness, equality and distribution of rights and opportunities, mankind experienced with Communism, Socialism, Capitalism, Marxism, Fascism, Secularism and the current brand in the human slave market - Liberalism. It has its proponents, ideologues, institutions, endless funding, research centres, legionnaires, commanders and foot soldiers (plus cybertroopers too!). However, Jahiliyyah will take different forms and names to suit the local realities, to enable it to adjust and ultimately capture the mind of the common people and captivate the imagination of the youth and intelligentsia. Human desire play its part extremely well too, by portraying the choice of Jahiliyyah in exuberant colours, attractive ornaments, tantalising imagery and lustful longings. All pleasing to the already enshackled mind and spirit. Any attempts to free this mind, body and spirit from the enslavement of Jahiliyyah will be immediately countered and ferociously resisted with the full force of its arsenal. Nobody is indispensable and nothing is taboo in the eyes and strategy of Jahiliyyah. The opponents of Jahiliyyah will be mercilessly attacked - through character assassination, misinformation and disinformation, spinning of truths, threats and deceptions. It will utilise all media - printed and virtual and run down its opponents also through Facebook, Twitter, blogs, websites, portals, Whatsapp, Telegram, talks, lectures, forums, discussions, dialogs and countless other methods. Morality and respect for the opponent will be recklessly disregarded - for Jahiliyyah will crush these values in its struggle for supremacy and dominance. Political parties, NGOs, leaders, academicians and “civil society” movements - all will be recruited and mobilised to confront and crush the Islamic Resistance. All means and strategy (moral or otherwise) will be utilised. It is also immaterial whether or not the word “Islam” is attached to any political party or NGO. It cared less whether the bonds of friendship of brotherhood will be torn asunder. No Islamic country will be spared, and no Muslim community will be left alone. Should one strategy or approach fails, Jahiliyyah will always devise, refine and propagate a fresh replacement. That was the sworn undertaking by the Devil since time immemorial. Today, Liberalism is merely new name representing the entrapment of the Devil (Talbis Al Iblis). It is Jahiliyyah reincarnate. And it has reached our doorsteps! ———————————————————— [Terjemahan bebas oleh Abu Muhammad] Liberalisma Dan Kembalinya Jahiliyyah Moden. Sebahagian manusia tersalah anggap bahawa Jahiliyyah adalah satu zaman yang tidak bertamaddun, sebelum dan selepas kebangkitan Nabi Muhammad (s.’a.w) sebagai seorang Rasul. Zaman yang di dalamnya manusia menyembah berbagai-bagai patung berhala, masyarakat yang rosak, berleluasanya perhambaan hamba abdi, ketidakadilan sosial dan penghinaan terhadap wanita merupakan ciri-ciri utama cara hidup yang jahil dan menyimpang itu. Itu adalah gambaran sepintas lalu tentang Jahiliyyah pada kurun Ketujuh Masehi. Akan tetapi pada hakikatnya, Jahiliyyah bukanlah eksklusif kepada zaman tersebut semata-mata. Ia masih hidup dan bernafas kencang pada kurun ke 20 ini. Bagaimanapun, ia telah mengalami perubahan kepada satu bentuk yang berbeza tetapi halus entitinya - iaitu pada sistem, nilai dan ideologi. Dan manusia tidak pernah sunyi daripada melalui dan menghadapi penjelmaan Jahiliyyah baru ini. Bentuk fizikalnya hanyalah sebuah penempatan sementara bagi suatu agenda jahat yang bersumber dari keingkaran Iblis yang berakhir dengan penyingkiran dan pengusirannya dari keridhaan Sang Pencipta. Dan ia tidak keseorangan. Temannya adalah hawa nafsu manusia, sepertimana yang sudah sedia termaklum. Jahiliyyah pada kurun ke 20 diwakili oleh pelbagai ideologi, sistem dan nilai yang bertujuan untuk mengikat manusia kepada pengabdian kepada selain Pencipta sekalian alam. Pihak yang bersubahat di dalam rencana pengkhianatan ini adalah An Nafs (hawa nafsu), yang bila sudah terlepas daripada jalan ketundukan yang tabii kepada manhaj Allah, mahu tidak mahu ia akan membelenggu minda dan tubuh badan manusia kepada penolakan terhadap segala sesuatu yang bersumber dari Yang Maha Pencipta ataupun yang diturunkan olehNya. Justeru itu kita dapati terdapat beberapa percubaan (dan kegagalan) manusia untuk menawarkan kepada manusia lain satu cara hidup, moraliti, ekonomi, interaksi sosial dan “kerohanian” ciptaan manusia sendiri yang berinspirasikan hawa nafsu. Bersandarkan alasan untuk mencapai kebahagiaan, kesempurnaan, persamaan dan pengagihan hak dan peluang, manusia bereksperimen dengan Komunisma, Sosialisma, Kapitalisma, Marxisma, Fascisma, Sekularisma dan, jenama terkini di dalam pasaran perhambaan manusia - iaitu Liberalisma. Ia memiliki para pendokong, pemikir, institusii, dana yang melimpah ruah, pusat-pusat penyelidikan, balatentera, panglima-panglima dan tentera pejalan kaki (termasuk cybertroopers juga!). Bagaimanpun, Jahiliyyah akan berubah bentuk dan nama untuk menyesuaikan diri dengan realiti-realiti tempatan, bagi membolehkannya menyesuaikan diri dan akhirnya menguasai minda masyarakat umum dan mempesonakan imaginasi generasi muda dan para ilmuan mereka. Hawa nafsu turut menyumbang kepada keadaan ini, dengan mempamerkan Jahiliyyah dalam warna-warni yang serba ranggi, perhiasan yang memukau, bayangan-bayangan yang memikat dan kehendak-kehendak syahwat. Semua ini tentulah indah pada pandangan minda dan ruh yang telah diperhambakan. Sebarang usaha untuk membebaskan atau memerdekaan akal, jasad dan ruh ini daripada perhambaan kepada Jahiliyyah akan segera ditentang dan dipertahankan dengan ganas sekali serta dibantu dengan segala persenjataan yang dimiliki. Tidak ada sesiapapun yang akan selamat dan tidak ada pantang larang di dalam perancangan dan strategi Jahiliyyah. Para penentang Jahiliyyah akan diserang tanpa belas kasihan - melalui serangan peribadi, penyelewengan dan pemalsuan maklumat, putarbelit fakta, ancaman dan tipu muslihat. Ia akan memperalatkan semua jenis media - bercetak dan alam maya, dan akan menghancurkan para penentang tersebut melalui Facebook, Twitter, blog, lman-laman sesawang, portal, Whatsapp, Telegram, ceramah, pengucapan, forum, diskusi, dialog dan perlbagai kaedah lain. Akhlak dan penghormatan terhadap pihak lawan akan dikesampingkan begitu sahaja. Ini kerana Jahiliyyah akan menghancurkan nilai-nilai murni tersebut di dalam perjuangannya untuk mengekalkan kedaulatan dan dominasi. Parti-parti politik, NGO-NGO, para pimpinan, ahli-ahli akademik dan pergerakan-pergerakan Sivil - semuanya akan direkrutkan dan dimobilisasi untuk menghadapi dan menumpaskan gerakan Pertahanan Islam ini. Segala wasilah dan strategi (sama ada bersifat moral atau sebaliknya) tidak akan dipersia-siakan. Tidak ada perbezaan sama ada kalimah “Islam” disejajarkan kepada sesebuah parti politik atau NGO. Ia tidak akan mempedulikan sama ada ikatan persahabatan atau persaudaraan akan turut terkorban. Tidak ada mana-mana negara Islam pun yang akan dibiarkan, dan tidak ada mana-mana masyarakat Islam pun yang akan terselamat. Seandainya sesuatu strategi atau pendekatan menemui kegagalan, Jahiliyyah akan senantiasa merangka, memperhalusi dan mempromosikan penggantinya yang serba baru. Itu adalah akujanji Iblis sejak terciptanya zaman dan masa. Pada hari ini, Liberalisma hanyalah satu nama baru bagi apa yang disebut sebagai Tipudaya Iblis (Talbis Al Iblis). Ia adalah penjelmaan baru kepada Jahiliyyah. Dan ia telah sampai di pintu hadapan rumah kita!
Posted on: Tue, 15 Jul 2014 14:55:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015