Lihat, ketidakpuasan hati aku mengenai pembahagian siaran langsung - TopicsExpress



          

Lihat, ketidakpuasan hati aku mengenai pembahagian siaran langsung antara pasukan yang menyertai Liga Super dan Liga Perdana yang telah akupendamkan selama ini telah dibangkitkan secara terbuka oleh GB pada perlawanan kedua terakhir pasukan Sarawak di Liga Premier yang memperlihatkan Sarawak telah menjulang Piala Premier pada hari tersebut dengan kemenangan besar ke atas Kuala Lumpur melaui jaringan 4-0. Dengan menggunakan ungkapan kata "No live? No problems" ia telah memberi sedikit perhatian daripada pihak Astro Arena Saluran 801 dengan salah seorang stafnya telah berbahasa Sarawak Murtad apabila ada tatabhasa yang digunakan adalah salah dari segi ejaandan penggunaan. Perkara ini sebenarnya tidak terjadi kepada pasukan Sarawak sahaja, tetapi seluruh pasukan yang menyertai Liga Bola Sepak Malaysia apabila Astro Arena seolah-olah memberi muka kepada pasukan LionsXII. wahai astro arena, alasan yang anda berikan yang mengatakan bahawa jadual padat untuk Liga adalah tidak relevan kerana diperhatikan terlalu banyak siaran yang tidak sepatutnya anda ulang, diulang2kan. Namun perlawanan sebenar anda tidak memberi keutamaan kepadanya. Adakah anda mengalami kerugian sekiranya anda menyiarkan siaran langsung bagi perlawanan liga perdana? Dan anda telah mengalami keuntungan besar apabila menyiarkan hampir kesemua perlawanan pasukan jemputan secara langsung? Jangan sampai rakyat jelata memboikot perkhidmatan anda dan menggunakan alternatif lain sebagai pengantara seperti parabola, atau Skybox. Kami rakyat sarawak boleh menyediakan perkhidmatan siaran langsung sendiri sekiranya anda tidak berminat mempromosikan pasukan dalam negara kerana terlalu banyak kesilapan dilakukan khususnya pengulas sukan anda yang cukup merapu dan tidak fasih dalam menyebut nama pemain import khusunya pemain di Liga Perdana. Dan satu perkara, harapa staff anda yang membuat komen di Fb astro arena, memperbetulkan perkataan Bahasa Sarawak yang digunakan krn perkataan tersebut boleh membawa erti yang lain sekiranya dibaca.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 09:31:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015