Lupakan penderitaan berusahalah untuk mengubah keadaan dengan - TopicsExpress



          

Lupakan penderitaan berusahalah untuk mengubah keadaan dengan sepenuh tenaga untuk "membalikkan" keadaan. Mereka yang memiliki sense of humor dapat melihat sesuatu dari sudut yang indah. Menjadikan kesedihan menjadi gelak tawa. Membuat air mata kepedihan menjadi air mata bahagia. Tiada harapan yang bersinar lebih terang di kala kegelapan, melainkan harapan yang dipancarkan oleh keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita. Ya, itulah dia harapan yang akan menyuluh jalan keluar di kala kelemahan dan derita. Mahukan kebahagiaan, maka marilah pada tuan punya kebahagiaan, iaitu Allah. Maka yang penting adalah doa, keimanan yang mantap, berusaha dan jangan putus asa dalam mencari kebahagiaan! Ujian adalah lumrah. Tetapi jangan berputus asa. Usaha dan usaha lagi. YAKIN KEPADA ALLAH SWT. BERPUTUS ASA SAMALAH DENGAN KITA TIDAK LAGI MEYAKINI-NYA. SEBAB ITU, ALLAH AMAT MEMBENCI MEREKA YANG BERPUTUS ASA. RAHMAT ALLAH SUDAH SANGAT LUAS. JUSTERU DI MANAKAH RUANG KITA HENDAK BERPUTUS ASA KEPADA-NYA? KITA LANGSUNG TIADA ALASAN UNTUK BERPUTUS ASA HAKIKATNYA.
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 18:36:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015