MAMPUKAH KAMU? Mampukah kamu wahai penyokong parti-parti - TopicsExpress



          

MAMPUKAH KAMU? Mampukah kamu wahai penyokong parti-parti politik melakukan sesuatu untuk Allah? Mampukah kamu berhenti berprasangka sesama kamu? Mampukah kamu berhenti mencari-cari salah orang lain barang sehari dua? Mampukah kamu berhenti mengumpat antara satu sama lain dalam kalangan puak-puak kamu? Mampukah kamu melakukannya untuk Allah? Sebab Allah mahu kamu melakukannya. Kamu tidak mampu selagi kamu dalam demokrasi toghut ini, sebab sistem ini dicipta untuk tujuan agar kamu saling berlawan dan mencari serta membuka aib lawan, kamu telah sanggup memutuskan persaudaraan demi parti. Dan kamu tak mampu keluar drpd tegahan Allah ini melainkan kamu meninggalkan demokrasi seperti saya. Firman Allah: Wahai mereka yg beriman, jauhi drpd kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain. [Al-Hujurat:12]
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 17:20:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015