MARI KITA BERSEMBANG SIKIT PASAL DOSA. Maksud Dosa: Balasan - TopicsExpress



          

MARI KITA BERSEMBANG SIKIT PASAL DOSA. Maksud Dosa: Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah swt dan meninggalkan suruhanNya.Orang yang melakukan dosa digelar asi. Sebab manusia kelakukan dosa: 1. Mengikut hawa nafsu yang di rasuk/dipengaruhi oleh syaitan.Nafsu secara fitrahnya bersifat neutral sehingga di hasut oleh iblis dan syaitan; 2. Kurang didikan agama; 3. Lemah Iman; 4. Angkuh dan sombong dengan harta dan kekayaan; 5. Memandang ringan azab Allah swt.; 6. Pengaruh rakan yang jahat. Cara mengelak dosa: 1. Sentiasa patuh pada ajaran Islam; 2. Tidak bergaul dengan orang yang suka melalukan dosa; 3. Tanamkan rasa takut dengan azab Allah swt; 4. Menghayati dan memprektikan ajaran Islam dalam kehidupan. Cara menghapuskan dosa: 1. Bertaubat nasuha; 2. Beristighfar; 3. Meminta maaf kepada manusia jika bersalah kepada mereka. ISLAM ITU MUDAH DILAKSANAKAN.MARI KITA ELAK DIRI DARI BERBUAT DOSA.
Posted on: Tue, 26 Nov 2013 09:43:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015