MEMBEDAH REALITI MESIR (2) 1. Revolusi 25 Januari 2011 di Mesir, - TopicsExpress



          

MEMBEDAH REALITI MESIR (2) 1. Revolusi 25 Januari 2011 di Mesir, hanya berjaya menjatuhkan ‘kepala’ regim, iaitu Husni Mubarak. Malangnya, saki baki tubuh regim itu sendiri masih menjalar dalam segenap jasad negara Mesir. 2. Apa yang berlaku di Mesir hari ini, mempunyai kaitan rapat dengan ‘barah’ dan ‘kurap’ tinggalan Mubarak. Pemonopolian kuasa oleh Mubarak, dan sekatan melampau ke atas aktiviti politik pembangkang sepanjang pemerintahannya, mengakibatkan ‘kemandulan’ politik pembangkang di Mesir. Selain ia menatijahkan kelumpuhan parti-parti dan aliran politik Mesir. Kesannya, ‘bakat politik’ ahli-ahli politik Mesir, tidak memiliki ruang secukupnya untuk matang dan ‘masak’. 3. Dasar kuku besi Mubarak ini juga, menutup segala ruang untuk ahli-ahli politik mendampingi masyarakat dan aktivis-aktivis politik berlainan parti. Situasi ini menyebabkan para aktivis politik tidak mengenali hati budi aktivis-aktivis politik lain yang berlainan parti, lantas menutup ruang untuk percambahan rasa percaya antara sesama aktivis. Situasi sebegini adalah ‘tanah’ yang subur bagi pembenihan sifat prejudis dan ‘cepat sensitif’ di antara sesama aktivis. Pemahaman terhadap latar belakang realiti politik Mesir ini, akan memudahkan krisis terbaru di bumi kinanah itu untuk dihadam.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 12:15:40 +0000

© 2015